#150 Dalam Banyak-Banyak

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku yang sejagung ini. Yang ini buat aku paling hairan. Di dalam banyak-banyak doa Di antara banyak-banyak pinta Di payung banyak-banyak bumbung Di pacu banyak-banyak kapal Di celah banyak-banyak kerja Di seri banyak-banyak ria Di pangku banyak-banyak rasa Di rangkul banyak-banyak raga Di langgar banyak-banyak awan Di semi … Continue reading

Cita #PuisiRamadan #HariKe4

Aku biar rasa ini berlari Dalam setiap lorong corong Aku izin rasa ini menapak Dalam setiap tapak terkepak Hening malam ini bertempik sunyi Yang di pintal lilit kelam malam Mungkin kau lihat tapi tak nampak Mungkin kau rabak tapi tak koyak Mungkin kau sepai tapi tak terabai Mungkin kau menung tapi tak busung Aku titip … Continue reading

Sujud #PuisiRamadan #HariKe3

Dalam sujud  Jemari melekap  di baldu tikar sejadah Dahi ku rehatkan pegun Ke kukuh kuatnya Sang Buana Aku bertempik di hati Dan membisik rahsia Semahu sekuat seluruh jati Menjitu fikir merangkul jadi Ulang dan ulang dan ulang lagi Rayu ku tak ku hijab sama malu Kerna Dia tahu ini itu Dalam luar atas bawah Dah … Continue reading

Kira #PuisiRamadan #HariKe2

Kiralah segala apa yang kau ada Satu demi satu demi satu Sehelai demi sekeping demi sebuah Sepucuk demi sepotong demi seutas Dan sedia untuk bergundah dan termalu Sama betapa kau tak sedar  Yang Tuhan itu Sayang benar ke kau Walau bukan semua kau nak, kau dapat Tapi semua yang kau dapat itu  Tuhan nak kau … Continue reading

Runut #PuisiRamadan #HariPertama

Dan hati yang berpeluk itu satu Terpasak kukuh ke Langit Tujuh Persis jemari yang tersusun kemas Saat bertautnya mereka bergenggaman Degup sama rima yang sama Dendang sama hening yang gema Terikat sengala hasut dan serapah dan tenang senang jadi runut bunyi alam Tuhan, Indah apakah ini.  #PuisiRamadan #HariPertama

Saya Rasa Stuck, So Imma Write It Out!

Assalamu’alaikum! Hi! Apa khabar anda, moga baik-baik sahaja. Terima kasih lah sudi baca blog ni, selalunya, saya campak rasa-rasa saya dekat sini supaya mungkin boleh tumpahkan sedikit rasa gemuruh yang kadang-kadang tiba bila raya tak berada di dalam keadaan yang cukup tenang. Sungguh, saya hargai sebanyaknya. Sebab selalu, saya akan baca balik apa yang saya … Continue reading

Kudus #NationalPoetryMonth #Day30 

Apa yang aku rasa ini tulus Hadir dari sudut paling mulus Serlah gemilang singkap telus Usai aku tuju tembak doa kudus Akan aku maju terus dan terus Hati kau juga daerah halus Menapak kedepan tenang tak rakus Moga risau gundah kau pupus Izinkan aku jadi yang seka-hapus  Kesini, mari ke sini sambut sahut seorang aku … Continue reading

Pandang #NationalPoetryMonth #Day29

Dan pada saat aku tatap Raut hening mu dari sisi Garis jalin selangit senyum Merekahnya mencapah Mendakap seluruh aku Dan sebelum kau toleh Aku cepat pandang ke kiri biar sedunia rasa berumah Mengakar ke benua ria Selintas gemerlap pelangi Merangkul segenap aku Dan pada tika yang sama masa tiba-tiba henti Atau ia akan lari sederas  … Continue reading

Mahu #NationalPoetryMonth #Day28

Aku mahu puisikan hari ini supaya dapat kita baca rianya Aku mahu melodikan hening ini supaya dapa kita dendang nadanya Aku mahu kocakkan gema ini supaya dapat kau rasa degupnya Aku mahu semikan bunga ini supaya dapat kita tatap samanya Aku mahu kalamkan cerita ini supaya dapat kita telusurinya ulang dan ulang dan ulang lagi … Continue reading

Berjawab #NationalPoetryMonth #Day27

Bila ada kematian, semua orang bersatu dan sedar bila mana hidup ini walau akhirnya kita akan seorang kita tak seorang, sekarang. Mungkin tiba masa, untuk kita ingat dan beringat masalah ini di akar kalau kau cantas dedaun dan pucuk dia akan mekar balik membalik macam itu Apa kata, imani apa yang kau imankan belah otak, … Continue reading