About

“Apa kau buat dekat fakulti ini? Kau bukan pelajar MRSM ke dulu? Kenapa tak jadi doktor ke? Jurutera ke?”

Soalan klise yang dah hampir tujuh ratus kali disoal kepada saya. Menjadi satu yang sangat asing untuk seorang pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk sambung belajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM. Pelik!

“Diploma Penulisan Kreatif? Apa benda tu? Nak kerja apa nanti? Boleh cari makan ke?”

Soalan yang turut sudah sampai takat klise yang agak serius. Pendapat yang pelbagai tentang kerjaya yang bakal saya depani amatlah memberi lonjakkan dan dorongan untuk saya pergi lagi jauh.

Ezzah Mahmud ialah nama pena untuk Nur E’zzah Mahmud. Dilahirkan pada 27 Ogos 1993, 9 Rabiulawal 1414 di Hospital Besar Pulau Pinang. Bergolek, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, membaca, menulis dan membesar di Kota George bersama-sama keluarga. Ayah saya seorang bekas tentera, Mahmud Yaacob namanya. Ibu saya pula seorang suri rumah sepenuh masa, Zauyah Mat. Faridah Mahmud merupakan satu-satunya adik-beradik seibu sebapa saya. Alhamdulillah, saya ada dua emak dan enam adik beradik.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Perpaduan C.Y.Choi pada tahun 1998 dan 1999 sebelum belajar di S.K Perempuan Island mulai tahun 2000 hingga 2005. S.M.K (P) St. George menjadi sekolah menengah rendah saya dan saya kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang semasa di Tingkatan 4 dan 5.

Sejak dari kecil saya ingin menjadi penggiat seni atau apa sahaja yang ada kena mengena dengan penulisan. Saya masih ingat lagi ketika saya di Darjah 1, saya menyatakan hasrat saya untuk berkecimpung dalam bidang penulisan dan tv. Selepas itu, makin meningkat usia, makin berbeza cara fikir dan mungkin lebih matang dalam menganalisa pilihan dan peluang, cita-cita saya bertukar-tukar. Rentetan cita-cita saya ialah wartawan-pembaca berita- pemain bola sepak- angkasawati-doktor gigi-doktor gigi tentera-juru rawat tentera dan kemudian saya yang sekarang ini. Penulis dan pembikin filem!

Alhamdulillah. Sungguh, dengan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Penulisan Kreatif di Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM adalah salah satu perkara yang paling indah pernah terjadi kepada saya. Tidak ada satu saat pun yang saya kesalkan. Semua yang terjadi bersebab dan saya malah bahagia dan bangga dengan diri saya mengambil keputusan untuk ini. Keinginan saya untuk menulis melonjak-lonjak dengan lebih ganas sekali sewaktu saya sedang berada di MRSM.

Rakan-rakan yang rata-rata sememangnya tidak punyai sebarang masalah untuk menyiapkan semua tugasan Matematik Tambahan membuatkan saya rasa benci kepada diri saya kerana tidak mampu menyelesaikan latihah-latihah tersebut sepantas mereka. Saya punyai eskep saya sendiri. Pada waktu-waktu sempit yang diberikan untuk menyiapkan latihan Matematik Tambahan, waktu itulah ilham untuk menulis datang kepada saya dengan menghujan-sungai-banjir-nya. Jadi, apa lagi! Pena dan kertas jadi sahabat karib!

Sewaktu berada di UiTM, melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Penulisan Kreatif, terimbau kembali angka CGPA saya di maktab dan juga di UiTM, fuh! Bagai langit dan bumi! Sepanjang belajar di UiTM, saya masih bisa mendapatkan keputusan konsisten, Anugerah Dekan untuk setiap semester. Alhamdulillah, doakan saya untuk bergaduasi dengan selempang (Anugerah Naib Chansellor) tercapai.

Menbaca karya Yasmin Mogahed dan mendengar lantunan puisi Amir Sulaiman, saya menjadi lebih bersemangat untuk menulis dan menulis. Melihat rakan-rakan yang sungguh aktif dalam menghasilkan filem mereka sendiri mencabar saya untuk menghasilkan filem saya dan menebalkan portfolio sementara masih berkesempatan. Moga dapat mengesankan. Selepas selesai Diploma, saya bekerja selama hampir setahun dan berkesempatan untuk melewati tanah New Zealand dan Jepun. Kemudian, doa saya dimakbulkan lagi apabila saya diterima masuk ke University of South Wales, di United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran dalam BA Hons Film and Video. Sungguh, saya mahu ke seluruh dunia, menelusuri siap celah dan lohong yang ada sementara bersekempatan.

Selain menulis, bidang perfileman memang cinta-cinta saya, terutama dalam genre dokumentari. Minat saya terhadap dokumentari mengungguli carta kesukaan dan kegemaran saya dalam genre filem sekaliannya. Pada saya, bezanya dokumentari dan filem fiktif di luar sana ialah dokumentari menjanjikan realiti dan juga ruh kemanusiaan yang berbeza.

Saya berhasrat besar! Saya akan cuba untuk buktikan yang sungguh, Allah itulah Maha Memberi Rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Walau dengan menulis dan juga menghasilkan filem-filem yang menyentuh juga mampu menjadi saham akhirat saya.

http://www.ezzahmahmud.com

http://www.facebook.com/ezzahmahmud

http://www.youtube.com/ezzahmahmud

7 thoughts on “About

  1. assalamualaikum sis ezah . boleh saya tanya . apakah persediaan dan apakah yg perlu dilakukan ketika hari pendaftaran . saya bakal daftar degree utk course industri kreatif seni filem , teater dan animasi di uitm puncak alam pada awl september ini . so saya nak tanya , ada tips utk hari pendaftaran ? apa soalan yg bakal di tanya ? huhu . tq .

    respond : alfin.talib@gmail.com

    • Wa’alaikumussalam Alfin. Persediaan? Rasanya tak ada tips apa sangat pun untuk hari pendaftaran, tips overall, jadi diri anda, sentiasalah terbuka dengan input-input positif dan izinkan diri untuk lebih kembang bengak dengan ilmu, tak faham tanya, tanya sampai puas, sampai terjawab soalan tersoal tu. Rapat dengan pensyarah, biarlah orang kata pulun etc, but gain as much knowledge as you can from them. Find reasons in everything, and above all. Ingat Allah selalu. =D

  2. Hi, beruntungnya awk dpt buat apa yg awk nk. Sy pun sama mcm awk, sejak sekolah rendah dah mula menulis. Ramai kwn2 suka baca, even cikgu pun suka. Sy mmg kuat berangan and mmg banyak idea. Pastu masuk mrsm. Mak ayah sy x bg sy lanjutkn pelajaran dlm bidang penulisan skrip/sinematografi/film yg berkaitan sbb mcm yg awk ckp tu. Nk makan apa n mcm xde masa depan.

    Skrg sy dah final semester di monash university double major finance&econs dan sy x pernah rasa bangga n mmg setiap saat saya sesali tp saya mmg x boleh buat apa pun sbb mmg dpt tentangan..sy slalu pk kenapa sy terlalu pandai..kalau sy biasa2 je mungkin dpt apa yg sy nak… Anyways goodluck and congrats… 🙂

    • Salam Ainin, insyaAllah, am sure after this, if you want to work, tak semestinya dalam line yang belajar, do what you want, its your life. Ramai orang dalam industry tak blajar pun, they just do it. So yup, says doakan yang terbaik!

  3. Tahniah sbb dpt buat apa yg awk nak.. Sy pun mrsm tp dpt tentangan besar dr parents saya utk buat course perfileman..

    Skrg sy dah final sem degree double major finance&econs and mmg setiap saat saya sesali…

  4. Hai kak ezzah. Nak tumpang tanya, akak dapat sambung belajar kat University of South Wales sebab apa ya? Adakah consistency akak mendapat Anugerah Dekan setiap semester? Atau akak memperoleh CGPA 4.00?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s