Hujung Minggu Hujung

Aku menulis ini tatkala menunggu mak ayah datang menjemput ku di stesen bas Sahab Perdana. Jam di telefon bimbit menunjukkan detik 5:10 pagi.

Hening pagi ini istimewa. Aku pulang ke Kedah hujung minggu ini, insyaAllah, sebagai anak bujang, sebelum bertukar status ke isteri orang, jumaat depan.

Rasa macam bercampur baur. Sungguh, aku ternyata tak sabar, iya, tapi kena sabar jugalah kiranya. Dan aku terfikir, Allahu Akhbar, apa aku tidaklah punya apa jua kuasa dalam setiap percaturan yang Allah dah susun ini.

Rasanya seperti baharu saja pulang ke Malaysia, baharu sahaja, menyesuaikan diri dengan rumah di Kedah, baharu sahaja menghadiri kursus ERezeki, baharu sahaja terserempak dengan Obi, dan waktu-waktu selepas itu semuanya persis filem cinta dalam kepala ku.

Nikmat luar alamnya, masyaAllah, bila kau bersungguh-sungguh nak menghalalkan hubungan dengan crush kau, dan kau hanya boleh doa dan harap Allah bukakkan jalan dan letak barakah tu. Iya, aku awal-awal dulu risau jugak kalau kena friend-zone atau kena reject. Sebab aku tau aku akan sepai. Tapi, sungguh, pada masa yang sama, aku rasa tenang, sebab awal-awal aku dah pasak niat kerana Allah, dan mohon kalau Obi lah orangnya, maka mudah luaskanlah jalan ini.

Aku pun ada la jugak rasa kurang yakin dengan diri aku yang serba kurang ni. Obi mau ka? Waktu tu laa. Awal-awal dulu, tapi aku tau aku mau Obi dalam hidup aku, sampai Jannah, aku mau dia . Tapi, bila fikir balik, kalau, kalaulah aku layankan suara-suara sinis tu, aku akan kalah dengan hasut bisik iblis laknatullah yang memang tak mau la tengok anak Adam ni be on the right path dan aku tak mau la jadi orang yang Allah murka padanya, mintak Allah jaga lah ya Allah. Ameen. Dan Alhamdulillah, sejak tu, semuanya Allah mudahkan.

Iya, kahwin bukan benda main-main, ibadah ni, dan kehidupan kau ni. Banyak benda kena usaha, tak boleh sambil lewa. Usaha tu paling penting Ezzah oi. Kalau nak memenangi hati Obi kau boleh go the distance, bila mengisteri nanti lagi la kena sampai ke Bulan! Dan semestinya, hubungan mak ayah kena jaga, dan mak abah mertua. Mereka ialah focus utama Obi, dan kau kena pastikan itu jugak.

Sebenarnya ada macam-macam lagi dalam kotak fikir ni, tapi, kita simpan untuk kemudian.

Iya, weekend last as a single lady. Doakan aku dan Obi naa. Moga dimudahkan dan dilimpahkan Mawaddah, Rahmah Dan Sakinah. Ameen.

Ezzah Mahmud ❤

Advertisements

One thought on “Hujung Minggu Hujung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s