Realisasi

Assalamu’alaikum, hi!

Okay, aku tahu dan sedar hari ni dah hari ke 19, makanya aku dah lewat 4 puisi, tapi insyaAllah, aku tengah cuba untuk karyakan sebanyak mungkin esok, sebab esok perjalanannya panjang. Sempena hari ibu nak mai ni, team LiteFM akan buat video mengenai ibu-ibu kat dalam penjara, makanya moga baik-baik saja, Ameen. Aku tak pernah pulak nak menginjak ke penjara ni, tapi itulah, ada satu macam punya kesianan dan simpati ke depa ni, sebab ibu-ibu. Kot mana sekalipun, depa pernah melahirkan anak, dan itu saja pun dah cukup buat aku kagum. Bukan benda senang, dan sakit yang depa hadapi tu, Jannahkanlah mak-mak seluruh dunia ya Allah. Ameen.

Aku sentiasa rasa yang semua orang dilahirkan baik, selalu apa yang berlaku ialah orang tu dihimpit ke satu kondisi bila mana depa terbuat sesuatu tu. Aku ni bukanlah faham sangat psikologi, kena banyak baca lagi, dan sembang dengan Anisah (dia buat Master Psikologi, sebelum ni BA English Language, akak ni power masyaAllah, bersyukur Allah jodohkan aku kenal dengan dia) dan ya, mungkin ada la orang yang lahir-lahir dengan kondisi mental yang begitu, tapi kalau orang biasa ni, makna kata depa biasa, normal, macam aku dengan kau. Tapi, depa lalui kehidupan yang memaksa depa macam tu.

Dan mengenangkan dunia sekarang ni, macam-macam benda jadi. Sama banyak positif dan negatif, tapi yang ‘media’ nak tonjolkan majoriti kegusaran dan ketakutan, supaya bila berita lagu tu, orang akan panik dan buat apa ja untuk kekal selesa dan selamat. Ini satu benda yang aku kira best kerja dengan LiteFM, sebab pada dasarnya, media yang depa nak tonjolkan, semuanya yang positif-positif dan menambah-baik la dunia sedikit, takat kapasiti mana mampu. Satu benda yang pasti ialah, bila kau takut ke sesuatu, secara langsung kau dah ter’kontrol’ di situ, depa dah pegang kau kat tengkuk dan jerit ke muka kau “Sekarang aku nak kau takut dengan benda ni, sebab aku akan jadi penyelamat, aku ja akan jadi penyelamat, faham?!” Tapi pada masa yang sama, ya, kau tak boleh la berani kaw-kaw, sebab kau manusia lemah, memang kau lemah, apa ja yang boleh kau buat dan kau kawal.

Hmm, apa yang aku nak cakap ni sebenarnya, haha, aduh, bersimpang siur dah benak fikir. Okay takpa, spill ja Ezzah. Spill it out. Semua ni ternyata sangat kompleks dan kau tak akan boleh tahu semua. Tapi, kalau hati kecil kau kata benda ni baik, besarlah kemungkinan yang benda ni baik, kalau tak, baik kau tinggal cepat-cepat. Semua orang ada baik dan tak berapa baik dalam diri dia, sebab manusia, dah kejadiannya begitu, Iman sentiasa akan naik dan turun. Kau kena belajar kawal benda tu la sebenarnya.

Berbalik kepada ibu-ibu di penjara tadi, kami dah rancang benda ni dekat sebulan, baru dapat approval, sebab banyak birokrasi, like kami faham ja, benda ni melibatkan keselamatan. Dan kami, or atleast aku dah set niat nak kongsikan cerita ibu-ibu ni, supaya 1) orang tahu yang kalau orang tu jahat mana pun, dudut dalam penjara tu, depa orang yang ada perasaan dan berhak didengari 2) semua orang boleh jadi baik dan bertaubat 3) semua orang ada keluarga dan sementara kau ada ibu, kau hargai la sebanyaknya 4) kebebasan boleh jadi dalam bentuk fizikal dan juga mental. Iya, kalau kau rasa stuck, apa kau buat. Sebab tu lah kau kena check balik hubungan dan pergantungan kau dengan Allah. Kau cukup berserah tak, kau cukup yakin tak yang Dia yang Maha Mampu dan bertanggungjawab atas setiap sesuatu.

Dan aku juga rasa dan percaya, semua orang ada cerita depa masing-masing, sama ada kau nak belajar daripada tu, atau kau nak biar ja pengajaran tu lalu. Bayangkan kau dengan cerita A yang baru sahaja berkelahi dengan B. Tapi kau dah buat konklusi kata B tu jahat tanpa dengan cerita B. Itu kau dah tak berlaku adil. Jadi, kau kenalah dengar cerita B jugak. Dan ni secara langsung buat aku semangat nak buat dokumentari, sebab nak guna kepakaran atau kapasiti yang aku ada ni untuk kongsikan cerita, semua orang ada cerita, tapi tak semua orang ada ‘suara’ dan medium yang kondusif tu. Kau tak nak tau ke cerita atok yang jual nasi lemak depan LRT sorang-sorang pagi-pagi tu? Dia mungkin pengumpul buku-buku rare, atau seorang yang faham Quran lebih daripada kau. Kau tak nak tau ke cerita abang yang jual keropok ikan parang kat stesen minyak tunggu kau lalu lepas tu tak kering senyum, entah-entah dia dah berjalan menjelah bernegara cari rezeki buat nak hantar ke mak ayah dia kat kampung.

Ini benda-benda yang aku fikirkan selalu. Sebab, selalu sangat jugak kau fikir pasal diri kau, dan dunia kau saja. Ya, memanglah, sebab hidup kau kot, wajib la fikir, tapi apalah kiranya kau fikirkan mengenai orang lain sama. Di dunia sekarang ni, memang terlangsung kau dicatu untuk fikir mengenai kau saja, kau pi kerja balik kerja, makan tidur, apa yang kau dah buat untuk orang lain? Okay, kau bukan PM (PM pun.. hmm) tapi, ada ruang untuk berbuat baik kepada keluarga, kawan-kawan, orang yang kau sayang, orang yang sayang kau, orang yang senyum ke kau tepi jalan tu, orang yang serve kau makan kat kedai. Entah, ke aku overthink ni, haha. Okay, cukup laa for now.

Yang aku tulis ni, first and foremost untuk aku dulu, sebab aku kira, otak aku ni flow dia better in words rather than bercakap, sebab yeah, built in macam tu, kalau anda terkesan sama, maknanya Allah yang lead you to this. Moga bermanfaat ❤

Jaga diri.

Ezzah Mahmud

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s