Posted in April 2017

Mahu #NationalPoetryMonth #Day28

Aku mahu puisikan hari ini supaya dapat kita baca rianya Aku mahu melodikan hening ini supaya dapa kita dendang nadanya Aku mahu kocakkan gema ini supaya dapat kau rasa degupnya Aku mahu semikan bunga ini supaya dapat kita tatap samanya Aku mahu kalamkan cerita ini supaya dapat kita telusurinya ulang dan ulang dan ulang lagi … Continue reading

Berjawab #NationalPoetryMonth #Day27

Bila ada kematian, semua orang bersatu dan sedar bila mana hidup ini walau akhirnya kita akan seorang kita tak seorang, sekarang. Mungkin tiba masa, untuk kita ingat dan beringat masalah ini di akar kalau kau cantas dedaun dan pucuk dia akan mekar balik membalik macam itu Apa kata, imani apa yang kau imankan belah otak, … Continue reading

Senyum #NationalPoetryMonth #Day26

Rasa ini mulus Menyelati seantero ruang yang terizin yang terpasak-dirinya seorang aku, Terluka, asyik disiat-siat bahagia Apakah ini Ya Tuhan. Aku hela nafas panjang merela rasa ini menelusuri setiap alur jalin menguncur laju Pejamkan mata, senyum sahaja Biar rasa itu merangkul erat Kau manusia, kau makhluk tepu rasa. Dicabik-cabik indah, aku syukur sentiasa. #NationalPoetryMonth #Day26

Ramadan #NationalPoetryMonth #Day25

Sebulan lagi, Kekasih lama bersua bertemu. Ya Tuhan, moga kau ketemukan aku samanya. Aku rindu dakap hening dan rangkul tenangnya Dia yang Kau janji Rahmat dan Rahim Dia yang Kau seri Barakah dan Indah Dia yang Kau isi seribu purnama Dia yang Kau sedia manisnya Percaya Izinkan aku ketemu samanya lagi tahun ini.  #NationalPoetryMonth #Day25

Jagakan #NationalPoetryMonth #Day24

Aku kirai-kirai renda sejadah Tunggu Isya’ menyapa masuk Sambil fikir ku menerbang sunyi Sama sekeping hati yang terjauh Apa yang kau fikir rasa agaknya.  Aku tenung-tenung sudut abar Telusuri garis mencantum jadi satu Sambil hati ku mengembang rindu Sama seraut pandang yang teringati Apa ada kau kenang sayang agaknya. Aku kelip-kelip kelopak mata Tertumpahkan sedikit … Continue reading

Belikat #NationalPoetryMonth #Day23

Ada masa aku tercomotkan garisan yang aku jalinkan kerna aku manusia, terlalu selalu terlupa. Maaf, aku masih berjagungan Ampun, aku masih berhijauan Jangan kau biar aku sendiri membakul angkat tak sedar diri. Ya Tuhan, mohon Kau jaga seluruh ini. Iya, yang ini, yang tersangkar dek rusuk terutuh dek belikat dan Asa Perkasa. Hidup, kita bersama … Continue reading

Kami Semut Malaysia #NationalPoetryMonth #Day22

Maka kami semut-semut sekaliannya dengan ini berikrar dan menggadai jati bagi menumpu dan membagi serah seluruh asa daya kudrat keringat kami untuk mencapai cita-cita kamu berdasarkan atas undang-undang yang kami wajib ikut seperti berikut; Kepercayaan kepada tuan kerana tuan bertuhan kuasa dan mata wang Kesetiaan kepada apa yang tuan katakan benar kerana kami semut-semut semua, … Continue reading

Kisahkan #NationalPoetryMonth #Day21

Aku kisahkan yang indah-indah Sama bonda saban hari Kerna aku yakin tahu Beliau bosan dipangku rindu Dan kalah dengan khali di kampung. Kerana kisah ini berupa Bait-bait indah yang tak terpuisi Jalin-jalin seni yang tak terlukis  Rasa-rasa ria yang tak tercakup fikir Dan bonda orangnya tak banyak cakap Langsung aku kisahkan yang indah-indah #NationalPoetryMonth #Day21

Pistol #NationalPoetryMonth #Day20

Sekujur masa terbaring Rebah jatuh longlai digugah Peluru alpa dan beberapa panah iri Jasadnya itu belum boleh mati Kerja tugasnya masih tergalas  Iring ditukar tiarap ditukar rangkak Kedua telapak menekan realiti Langkah orang-orang itu kuat  Dengar peluru-peluru baru dimasuk Seputar dua putar di pistol diputar Lari masa lari. Mereka mahu kejar kau!  Masa menapak selamba … Continue reading

Kamar #NationalPoetryMonth #Day19

Di dalam kamar sunyi ini Gebar asa aku kelumbung selubung Tak tertatap gagah bilah membelah hela Siramkan saja rasa ini sama canda ria Aku lebih bahgia begitu Hari ini pestanya halimunan,  tapi pekiknya jelas luar sana.  Nada-nada di radio menyapa ramah Buat aku makin asyik dijajah  Lagu merobek gegendang telinga Lalu mencabik-cabik isi hati.  Aku … Continue reading