Hikmah Sabar & Usaha

Aku tahu, siapalah aku nak cakap perihal usaha ni.

Aku sedar yang post aku sebelum ni macam depressing semacam. Maaf. Sebab time tu aku memang agak stress sebab baru masuk kerja tempat baru, lain benar dengan benda freelance yang aku selalu buat sebelum ni. Like yeah, kau buat benda sebab kau nak buat, kau tak kira sangat dapat berapa banyak or orang bayaq ka tak, sebab pada kau, Allah yang bagi rezeki, hang kena usaha ja lah basically.

Tapi, with that thought in my mind, kena ubah sikit. Sebab rezeki, yes, memang Allah bagi, tapi kalau hang tak usaha nak dapat mana rezeki tu. Dan kau cuba seehsan dan seikhlas habis sebab kau tahu, di akhir hari, hang hanya nak buat yang terbaik, orang hargai atau tak tu cerita lain, sebab, hang buat sebab hang nak buat.

Tiap kali aku rasa aku termengalah atau nak mengalah, aku cuba sedaya tuk ingat kisah Nabi Musa A.S. Bila Nabi Musa dah kat depan laut, boleh ja actually nak give up, tapi tak, dia yakin and dia usaha, waima ketuk pasiaq pantai dengan tongkatnya, dan Allah bukakkan laut. Allahu Akhbar, pengajaran besaq ni. Makna kata hang kenalah ketuk pantai tu, kena berbuat, kena kayuh, kena usaha, sebab kalau tak usaha, tak pi mana.

Dan ya, aku makin sedar yang kalau nak bertenang dan bahagia, kena get back to Allah, and thats the only, literally the only way. Sebab kalau hang pi la mana pun, tapi hati hang dah dihadapkan ke benda lain selain Allah, hang dah tak betul-betul ikhlas, and dah problem kat situ.

Kenapa kerja astro, nak cari rezeki, kenapa nak cari rezki, sebab boleh nak sara diri, keluarga dan mak ayah, kenapa nak kena sara mak ayah, sebab depa dah besaqkan hang sampai besaq gajah, dan tak pernah merungut dan tak pernah berkira dan depa pintu syurga, dan redha Allah terletak kat redha mak ayah.

Kenapa main basketball, sebab nak beridah, kenapa nak beriadah, sebab nak aktifkan diri and jaga tubuh badan, sebab apa kena jaga and kena aktif, sebab kalau tubuh badan sihat hang nak beribadah senang, nak jadi hamba senang, nak jadi khalifah senang, nak jadi positif senang, nak rilis stress pun okay begitu, nak improve skill and ilmu bersukan. Benda-benda ni bersangkut ja actually, cuma hang kena usaha fikir lebih sikit. And cari makna, cari erti.

Kenapa kerja astro, nak cari reseki, kenapa nak cari rezeki, sebab nak simpan duit nak kahwin, sebab apa nak kahwin, sebab itu sunnah dan dianjurkan dalam Islam, sebab apa dianjurkan, sebab Allah cipta manusia berpasang-pasangan, dan Allah cipta manusia tu hamba dan khalifah, sebab kalau kahwin kau ada team, ada support system, anda itu nikmat dunia yang Allah bagi dan salah satu jalan nak masuk syurga as well.

Apalah sangat hidup di dunia ni kalau tak rancang nak berbahagia ria di syurga sana, dan aku nak mintak jugaklah sapa yang baca ni doakan dimudahkan urusan aku nak mencari rezeki dan berbuat dan dipelihara dan dijaga dan dikuatkan mental fizikal. Sebab kalau dah kat dalam astro ni, ujian dia macam-macam. Dan kena sort of roll by example, sebab kena bagi ada benda baik naik dengan benda yang media-media ni.

Okay, apa benda aku tertulis ni. Kat office lagi ni actually.

Well, atleast tu motivasi aku la sekarang ni.

Jaga diri. Terima kasih sudi baca sampai habis. ❤

Screen Shot 2017-03-27 at 7.45.32 PM

Ezzah

Advertisements

2 thoughts on “Hikmah Sabar & Usaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s