Mintak Ja!

Aku dah lama tak tulis entri dalam bahasa Melayu, jadi aku nak cuba tulis semuanya dalam bahasa Melayu. Sudah berkarat habuk penggunaan bahasa ibunda aku ini. Kalau aku sembang dengan Pak Agi ni, mahu kena gelakkan. Untuk itu, aku pilih untuk raikan! Kalau aku tak raikan, siapa lagi? (Haha, dan orang-orang lain yang berbahasa Melayu laa Ezzah oi! Tak apa, kau buat yang mana kau boleh buat, bantu mana kau boleh bantu)

Sungguh, hari ini, bangun pagi, aku dengan indah jiwa raganya terasa sesuatu yang mungkin tampak mudah, kecil, tak la bermakna sangat, tapi pada aku, sangatlah besar hikhmah dan nikmatnya. Al kisah, bangun pagi tadi, aku sedar-sedar sahaja (Alhamdulillah, Allah bagi pinjam lagi hariNya ke aku), aku teringat, dengan jelas dan nyatanya, waktu aku mendoakan perkara yang aku ada sekarang atau rasa sekarang.

Aku ingat lagi, waktu tu baharu siap dokumentari pertama aku, ‘5 Broken Hearts’.

Dalam ni, Kak Nadiah, iya, beliau yang berbaju ungu ini, ada pesan dalam video tu, beliau kata, “Cakap je dengan Allah, you’ll feel better.” Mula-mula aku macam, aik mudah betul. Tapi, sebab itulah jarang-jarang nak buat, sebab mudah, sebab kau ambil mudah dan terkadang, bila relasi kau dengan Tuhan kau cakupkan kepada solat semata-mata, dia jadi tak menyeluruh. Iya, sungguh, dan memang selayaknya pun, Solat itu penting, sepenting-pentingnya sebenarnya, sebab itu benda wajib, mesyuarat Agung wajib dengan Dia setiap hari, tapi, ketahuilah, kehidupan berTuhan ni, setiap degup jantung, setiap detik, hubungan kau dengan dengan Dia melebihi segala apa yang ada. Jadi bila Kak Nadia kata, ‘cakap ja?’, aku dah faham sekarang. Sebab memang aku cuba untuk ‘cakap ja’ dengan Allah sentiasa.

Aku cuba untuk praktikkan ‘cakap ja’ ni, atau ‘mintak ja’ sentiasa. Ada beberapa cara yang kita boleh amal la sama-sama, sebab dengan kau ‘mintak ja’ ni, kau secara langsung dah pasak gantung harap kau ke Allah. Makna kata, kau ‘mintak dengan Dia’, kau doa, kau harap, dan yang jalinkan sebuah keYakinan kepada Dia, yang seterusnya memanifestasikan keImanan/kePercayaan kau ke Dia. Yang seterusnya akan bawa kau kepada sebuah rasa tenang yang, semuanya Dia dah susun, kau usaha dan bertenang lebih sikit. Dan kau kena Yakin penuh jugak dengan apa yang kau mintak/doakan tu, bahawa itulah yang terbaik untuk kau. Dan ketahuilah, kalau kau mintak dengan manusia, depa akan ada sikit macam, “ish, nak bagi tak nak?” Atau, depa macam “asal mintak dengan aku, apa kau boleh bagi ke aku?” Tapi dengan Allah beza, aras kita dan aras Allah dua benda yang nyata bezanya. Mustahil kita dengan Mustahil Allah tak sama langsung. Segala apa yang ada di dunia ni Dia punya, tak ada yang Mustahil kalau lalu Allah. Cuba fikirkan sekejap.

Bila kau dah biasakan diri dengan separasedar mendoakan sesuatu dalam kata-kata sehari-hari kau, dia jadi macam sebahagian daripada kau. Contoh;

‘Ya Allah, nak makan mana eh hari ni? Mudahkan nak ketemu rezekiMu dan barakahkanlah’,

‘Ya Allah, hujan ni, *Allahummainnisoyyibannafi’a* -doa apa mau sebab hujan lebat waktu mustajab doa- Alhamdulillah Msia selalu hujan- kau peliharalah, aku nak ke sini situ naik kereta/moto/jalan kaki, lincin jalan ni’

‘Ya Allah, aku dah semangat nak editing video ni, Kau barakahkanlah ya Allah, moga orang lain dapat manfaat sekali, janganlah dia sia-sia ja’

‘Ya Allah, boringnya hari ni ya Allah, apa nak buat?’ kemudian masuk youtube bukak Bayyinah TV

‘Ya Allah, sat lagi aku nak lepak dengan depa ni ya Allah, kau satukanlah hati-hati kami, bagi kami mengasihani satu sama lain untu Kau saja ya Allah’

‘Ya Allah, aku tengok baik betul orang ni ya Allah, kau Peliharalah dia, panjangkan dan barakahkanlah hubungan ini’

‘Ya Allah, nak tengok Aurora ya Allah, satu ciptaanMu yang Maha Cantik, kau hantaqkanlah ke bumi Wales ni ya Allah, *doa masa kat UK-tup2, Allah rezekikan ke Iceland*

‘Ya Allah, kau ingatkanlah mak untuk ambil ubat beliau, sebab aku jauh ni, tak boleh nak ada sentiasa, kau Jagalah mak ayah aku ya Allah’

‘Ya Allah, aku nak betul jumpak salji ya Allah, sekejap pun tak pa ya Allah’ *Tup2 jumpak flight pi Oslo daripada London harga £19, beli terus!*

img_5190

Dan aku dapati, dengan buat macam ni, kau tak ada rasa nak buat benda yang macam tak buat kau bahagia, tak buat kau happy, tak bagi manfaat, atau tak menyihatkan.

Dan sungguh, waktu-waktu mustajab doa tu, kau doa lah kaw-kaw, sebab memang dah dianjurkan begitu.

Iya, itu sahaja untuk kali ini, tiba-tiba pulak rasa nak tulis, tapi kalau aku tak tulis kat blog ni, dia ada dalam kepada aku ja, baik aku muntah keluarkan, tertulis la jugak ia. Dan iya, aku ingat dengan jelas waktu-waktu aku doakan perkara yang aku ada dan rasa sekarang. Alhamdulillah!

Ps. Aku tulis ini untuk tazkirah ke diri aku dulu, kalau korang manfaat sama, itu bonus Alhamdulillah. =D

Jaga diri,

Ezzah Mahmud ❤

Advertisements

2 thoughts on “Mintak Ja!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s