Perjalanan

Aku menukilkan letusan sebuah fikir ini saat tersandar empuk di kerusi sofa selesa dalam bas menuju ke Kota Kuala Lumpur. Sambil berselang seli melontarkan pandangan ke luar jendela, dan menatap skrin menarikan jemari, aku 1) bersyukur bas ini ada wifi, 2) luar nampak mendung macam nak hujan, boleh la utus doa-doa ke Tuhan, sebab waktu hujan ni waktu mustajab doa, 3) aku terasa macam nak menulis, mambang tulis dia nak berdamping oleh itu aku rancang nak layan dia.

Aku sentiasa percaya aku memang rasa bahagia sewaktu aku dalam perjalanan. Waktu dalam bas, dalam kereta, dalam keretapi, dalam kapal terbang, dalam feri dalam bot atau tak kisahlah dalam apa ja kenderaan yang bergerak dan aku di dalamnya. Bola mata aku akan meliar mencari titik lihat, dan aku kena cepat sebab bila kita dalam kenderaan dan bergerak laju, kat tak boleh nak nampak sesuatu itu dengan puas, kau tak boleh nak tatap, makanya kau akan cuba nikmati sebanyak mungkin pandangan. Terkadang, bila dan berkelana, terus, kau mungkin akan berhenti seketika untuk menyerap pandang dan hidu dan dengar perihal satu-satu tempat ni.

Ada banyak benda kau boleh dapat kalau kau berhenti sejenak dan berfikir. Dan sesebuah perjalanan tu pun dah macam satu bentuk pengajaran. Metafora kepada hidup kau, kepada seorang kau. Yang kau dalam perjalanan, menuju destinasi, dan banyak risiko kau akan tempuh sebab kau tak berada di ‘rumah’ atau tempat selesa kau, tempat mak ayah kau, kau seorang, atau lagi best dengan orang-orang yang kau sayang, yang kau kesah, sebab kau pilih untuk berada dalam perjalanan ni dengan depa.

Waktu dalam perjalanan ni kau akan jumpa macam-macam orang, macam abang kat sebelah ni, yang terlena sambil berdengkur kuat, aku abang depa ni yang bau rokok yang dia hisap tadi masih melekat kuat dekat dia, macam akak depan tu dengan anak dia, berjalan bawak beg plastik Thailand yang ada zip, selalu orang beli kat Padang Besaq tu. Orang-orang ni ada cerita masing-masing. Kau tak teringin nak tahu ka? Macam mana depa boleh terjodoh nak naik satu bas dengan kau?

Dalam sedang berjalan ni, kau ada teringat macam-macam. Orang yang selalu terlintas dalam kepala, orang yang selalu sangat ada dalam kepala. Orang yang jatuh bangun dengan kau, orang yang buat kau jatuh, orang yang buat kau rasa nak terbang, orang yang buat kau rasa nak letus bunga api kan segenap kau, orang yang percaya ke kau, orang yang tak percaya ke kau, orang yang kau ingat dalam doa, orang yang ingat kau dalam doa diaorang.

Selalu, dalam perjalanan ni, aku akan rasa kuat dan lemah. Sebab apa, sebab aku tak cukup kuat nak terbang dari titik A ke titik B, dan aku perlukan kenderaan. Aku tak kuasakan kenderaan tu, Allah yang gerakkan. Macam mana nak gerak? Kena guna minyak yang datang dari perut Bumi yang tak mungkin ada terciptakan dirinya sendiri. Dan aku tak kuat untuk betul-betul boleh pastikan yang aku akan sampai ke tempat aku nak tuju, sebab (na’uzubillah) aku tak bawak kenderaan ni, macam-macam kemungkinan boleh berlaku, aku hanya tumpang ja kenderaan ni. Pada masa yang sama, aku rasa kuat sebab aku tahu ada Tuhan jaga, yakin aku ke Tuhan lebih daripada selalu waktu aku travel. Yang aku sebenarnya dilindungiNya. Yang walau apa sekali pun jadi, aku okay ja. InsyaAllah aku okay.

Iya, ni benda-benda yang aku fikir waktu aku dalam perjalanan. Nanti aku sambung lain. Terima kasih sudi baca.

❤ Jaga diri

Ezzah Mahmud

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s