Sepucuk Surat Untuk Ezzah

img_1005

Oh Ezzah Mahmud,

Maaf,lama tak berhubung, kita sentiasa dekat tapi belum dapat bersama. Aku sebenarnya tertunggu saat kita boleh kembali berkongsi akal dan fikir yang satu.

Kadang aku lupa kau siapa. Sungguh. Aku tak cukup kenal kau, mungkin. Yang pasti, aku yakin, kita punya ruang untuk berdiri di tapak yang sama. Aku tak salahkan kau, manusia semua berubah, makin tua makin matang makin kenal apa, siapa ,bagaimana.

Iya, aku ada dengar cerita perihal apa yang Jaka buat ke kau. Aku tahu rasa tu. Tapi tak apa, Tuhan nak ajar kau untuk tidak terlalu gila sama yang tak gilakan kau. Dan kau mungkin tak dapat cerita ke dia tentang filem-filem yang kau suka, buku-buku yang kau tengah baca, puisi-puisi yang kau tulis tentang  dia, sebab dia tak kisah. Satu lagi, jangan biar apa yang berlaku buat kau sedih lama-lama.

Memang, aku tahu, rasa ditolak ni memang setan. Kesetanan patah hati tu bagi kesan ke seluruh yakin yang masih melukut ke kau. Ambil masa untuk berkabung, dan bangun balik, sebab 1) ramai orang sayang kau 2) kau akan jumpak orang yang akan hargai kau selayaknya 3) kau kena sayang diri kau dulu Ezzah. 4) percaya Allah lebih sikit boleh tak (baca : sepenuh-penuhnya!), Allah akan hantar seorang yang kau boleh sayang puas-puas.

Aku tahu kau boleh! Sebab aku kenal kau Ezzah. Kau kuat. Tapi itulah, kadang kau rasa lebih sedikit. Makin kau pendam, makin kau meletus-letus. Jadi kau biar diri kau rasa apa yang kau nak rasa.

Teruslah usaha untuk jadi apa yang kau nak. Bahagiakan diri. Kau buat ja, jangan kisah apa orang kata. Kau dah capai macam-macam kot tahun ni, uish, kalau difikirkan balik, macam-macam! Jadi, jadikan benda tu pembakar semangat nak pergi lebih jauh ,dan buat dan buat lagi.

Sabar lebih sikit. Memang mula-mula ni sakit sikit sebab kau baru, belajar satu-satu, jatuh bagun balik, belajar lagi, doa usaha dan usahalah lagi. Dan percaya segala apa yang berlaku Allah yang izin. Ingat Allah, sebab Dia ingat kau sentiasa.

Jaga diri, bersenam balik macam kau selalu buat kat Cardiff dulu. Main ja bola baling, bola keranjang, seorang pun tak pa. Pi berenang, pi lari, pi cari balik mojo kau. Aku tau kau Rindu Cardifff, aku pun. Gila apa tak rindu.

Dan, jangan pernah nak berhenti mencinta balik. Kau penuh dengan sayang kot, apalah kiranya kalau tak dikongsi.

Nanti kita sembang lagi, aku sayang hang weyh!

Jaga diri ❤

Ezzah Mahmud

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s