Kisah Orang Patah Hati 1


“Kau bodoh” tempik benak fikirnya yang bercakap sendiri. Bola matanya dikejap pejam, sambil panas genang air mata terasa teralir di pipi, perlahan-lahan meleleh lalu tergantung di dagu, jatuh. 

“Macam mana kau boleh biar dia buat kau macam tu!” Suara kecilnya bersuara lagi, kali ini lebih seoktaf tingi. Kadang-kadang mahu sahaja dia matikan suara kecil itu, dia cuba saban hari untuk tidak tewas dengan cerca itu, tapi makin dia cuba, makin cepat suara itu selubunginya. 
Dia yang sedang berbaring santai di katil milik sahabatnya itu membiarkan matanya mengeliat mengitari bilik. Kipas pusing-pusing dan bunyi denting  atap ditembak air hujan lebat itu luar tingkap itu mendodoi hatinya yang tercabik-cabik senja tadi. 

Waktu kini baharu sahaja menginjak tengah malam, Kirana cuba untuk melelapkan mata tetapi hatinya gundah resah. Sahabat kiranya yang berbaring disebelahnya hanya bisa diam dan turut tumpang membenci. 

“Kirana, lupakan dia, dia pengecut! Dia tak patut biar Kirana tunggu begitu. Sekurang-kurangnya beritahu bukan biar kita terhegeh-hegeh tunggu berjam-jam tanpa apa berita, orang tak sudi, jangan paksa”. 

Kirana hanya mampu membiarkan sunyi malam berbicara. Terus, otaknya pusing lagi. 

“Kau tak patut buat kau macam ni Kirana.” Tersepai lagi kolam air matanya. Khali. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s