Sambung belajar?

img_4472

Okay, terlewat satu hari. Maaf ya kekanda sekalian!

Semalam saya sangat sibuk, menyiapkan kerja berbaki yang tak habis-habis, sambil menghantar permohonan ijazah sarjana saya. (Alasan munasabah la kot noh)

Hati saya kuat menyatakan peri penting dan mahu semahu-mahunya saya untuk sambung belajar.

Gambar di atas diambil sewaktu saya menziarahi Oslo, Norway. Terus jatuh cinta dan jatuh lagi. Norway sangat amat sungguhlah indah. Dan terus, saya ambil inisiatif untuk mencari universiti yang ada menawarkan kursus yang saya mahu.

Masih sangat awal sebenarnya, kerana saya masih perlu mencari penaja yang sudi memberi RM 106,000 kepada saya untuk kos sara hidup selama 2 tahun di sana.

Oh, untuk pengetahuan anda, Norway adalah antara negara yang percuma yuran pendidikannya. Iya, tak tipu! Ayuhlah ramai-ramai kita ke sana. Eh!

Esok insyaAllah saya update lain. Terima kasih sudi singgah

PS. Saya mohon agar doakanlah dimudahkan kepada saya untuk menyambung pelajaran dan dimurahlan rezeki untuk menerima tajaan. Kalau ada tau mana-mana yang sudi taja, harap ingat-ingatlah nak khabarkan ke saya. Doakan ya. Saya mohon. :’)

Jaga diri ❤

Ezzah Mahmud

 

Advertisements

5 thoughts on “Sambung belajar?

  1. Assalam,
    Saya berminat nak sambung pengajian saya di norway. Saya ada beberapa soalan nak bertanya
    1.Laman web apa boleh saya mengetahui lebih Lanjut?
    2. Rm106.000 untuk membiayai Kos apa ya? Adakah membiayai kos penginapan dan sebagainya?

    • Wa’alaikumussalam Adani, 1) saya guna Google sahaja, Dan kursus yang saya nak buat ada di uni tu saja. 2) RM106000 tu semua sara hidup di Norway untuk 2 tahun insyaAllah. Itu minimum kerajaan Norway tetapkan.

      • Saya baru lepasan spm, saya betul-betul minat cuma saya tak dapat web untuk sambung pengajian.
        Dan saya tak tahu kursus apa yang ditawarkan. Boleh Kak share serba sedikit pasal kursus yang ditawarkan di U akak skrg?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s