Seorang Ja, Dik?

img_5374

Judul di atas ialah soalan yang terpacul usai aku meminta sama akak yang sedang menjual tiket wayang di GSC Queensbay Mall malam semalam. Aku gagahkan juga untuk pergi menonton Fantastic Beast and Where to Find Them sebab 1) aku memang gemar sama karya J.K Rowling 2) semua orang sibuk sama hal masing-masing 3) aku rindu mahu ke panggung, sebab dulu, sewaktu di UK, selang sehari dua, akan aku dan rakan-rakan, menginjak di Vue atau Cineworld untuk menonton apa-apa filem yang baru tiba di panggung.

“Iya, seorang sahaja, akak”

Akak tu senyum ja. Aku tak pasti apa dia fikir, mungkin itu soalan biasa yang dia kena/wajib tanya. Tapi itulah, aku rasa sedikit dikasihani sama akak itu, lalu aku ingin melontarkan sepotong dua fikir.

Waktu diploma dulu, ada istilah yang digunakan untuk yang pergi tengok wayang seorang ni. ‘Loser combo’. Sebab selalu orang beli popcorn love/couple combo, family combo, kalau yang single, ‘loser’ combo la. Aku ambil masa beberapa tahun juga untuk mula mendekati dan mefahami dan bersahabat dengan istilah ni.

Aku faham kenapa perihal ini sering dipandang negatif, sebab normanya, selalu orang keluar tengok wayang berdua, dengan sahabat, dengan kekasih, dengan keluarga, dan kalau yang seorang ni, kebarangkaliannya 1) tak dak orang nak keluar dengan dia 2) dia segan nak tengok cerita dengan orang takut kena judge, atau kena pandang pelik 3) dia bosan sangat, dia tak kisah ada orang ka tak dak, dia pergi ja tengok.

Aku, aku selalu sama ada yang nombor 3 ni atau, aku memang nak tengok, dan aku dah biasa sangat tengok wayang seorang sampai benda ni tak jadi sesuatu yang aku risaukan atau ambil pot pun. Cuma, semalam, bila akak tu tanya, dia rasa jauh ke dalam lubuk hati sebab aku mungkin dah ada sedikit harap yang aku boleh lepak tengok wayang dengan orang yang aku admire, orang yang boleh dengaaq ulas kritik aku lepas satu-satu filem, orang yang boleh nak tambah lagi atau cadang lagi cerita best.

Makanya;

1) Saya tak dak masalah nak tengok wayang seorang.

2) Saya tunggu anda ajak saya tengok wayang. haha.

3) Seorang tak semestinya loser, kadang dia memang selesa begitu.

Okay, itu sahaja untuk hari ini. Esok kita sembang lain.

Ps. Oleh sebab aku nak mula berlatih menulis semula, aku tulis ja apa yang terbuku selama 15 minit dan klik post jadi artikel mungkin tak cukup masak, tapi nak dapat flow balik ja.

Terima kasih sudi singgah.

Jaga Diri ❤

Ezzah Mahmud

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s