Ada Apa Dengan Ramadan Di Perantauan


Mulanya saya bercadang untuk hasilkan vlog atau sebuah video pendek menerangkan perihal tajuk ini, tetapi, saya rasa adalah lebih indah kalau saya tarikan jejari saya dan menaip ceritera yang ini, kerana 1) saya memang dah lama mahu menulis, tapi tak tertulis-tulis, sampai dah berkarat sampai tahap kancing gigi  dah ni dan 2) saya sendiri sangat amat sungguhlah rindu akan rasa di kala jejari saya menjadi radas untuk menzahirkan kata-kata agar tercatitlah apa yang tertimbul di kotak fikir. Makanya, berikut adalah indah-indah dan gundah-gundah yang saya hadap tatkala menyambut Ramadan di bumi asing buat pertama kali. Bismillah;

Segenap rasa dan perasaan berbeza

Selalu kalau sambut Ramadan di Malaysia, rasa indah dia lain macam dari dekat sini. Kalau dekat Malaysia, berkumandang ja Azan kedengaran lima kali sehari, dekat sini, hanya ada azan di telefon, itupun kalau pakai app la, kalau tak, memang nikmat dapat dengar Azan berkumandang secara langsung dari masjid tu Allah dah tarik. Sungguh, nikmat ni Allah tarik! Makanya hargailah deringan ingatan Allah yang dapat anda dengar saban hari tu. Tapi Alhamdulillah, selain daripada tu, memang Ramadan terasa mudah. Mudah macam mana? Mudah yang semuanya jadi ja. Mungkin, lain orang lain ‘mudah’ tu, tapi bagi saya, mudah yang saya lalui ialah mudah amat sangat sungguhlah untuk beribadah. Waktu tak buat apa, Allah izin terdetik kat hati untuk dzkir dan mengingatinya, ada ja masa nak pos doa sekerat dua, doakan mak ayah, doa maslahatan ummah, doa dipelihara daripada bencana, tak kiralah fizikal atau mental. Sungguh, memang betullah rugi ya amat kalau Allah tak izin rasa nikmat Ramadan ni, rugilah kalau di akhir hari, hanya lapar dan dahaga. Rugi.

Malam pendek siang panjang

Berbeza waktu siang Malaysia dan dekat sini. Saya tinggal di ranah United Kindom.  Di Cardiff, Wales ni, waktu subuh bermula usai tertancap jarum jam dan minit keduanya di nombor 3. Itu waktu biasa fajar mula sapa hari, hinggalah masuk waktu Maghrib, hampir 18 jam dan 20 minit kemudian. Makanya, dekat 18 jam lebih jugalah warga UK ni berpuasa. Sungguh, sudah hampir 24 hari melalui Ramadan di sini, siang yang 19 jam tu terasa sangat lah cepat. Kadang tak terasa pun berlalu begitu saja. Mungkin juga sebab dekat sini tak sepanas Malaysia. Walaupun dekat sini tengah musim panas, memang panas, tapi tak sepanas Malaysia. Cuma ada minggu lepas, ada satu hari tu memang panas macam Malaysia. Tapi lain juga sebenarnya, Malaysia udara dia macam humid, dekat sini memang panas kering. Yang pasti, usai malam menjelma, dalam 5 jam, mula pukul 10 hingga 3 pagi, dapat dimanfaatkan sepenuh-penuhnya. Lepas solat Maghrib, makan sekejap, terawih, dan moreh atau rehat/tidur sebentar, kemudian mulanya proses qiam. Oleh sebab malam pendek, dan kekenyangan (alhamdulillah) iftar tadi tak habis lagi, anda automatis akan terjaga. Makanya, itu nikmat yang sangatlah saya syukuri, yakni nikmat untuk kekal segar sepanjang malam, walau penat siang masih terbahu. Lepas subuh baru tidur atau rehat seketika hinggalah siang.

Bazar Ramadan tak ada dalam kamus

DCIM100MEDIA

Shepard Pie dimasak khas oleh Chef Anisah. Sedap!

Bila tiba sahaja Ramadan, memang dah jadi tabiat ruji masyarakat Malaysia, tidak kira bangsa, akan berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Memang waktu ni, makanan yang teridam-idam, boleh dibeli dan didapati di bazar Ramadan. Tapi, kalau dekat sini, semua tu tak ada. Sungguh, tanyalah sesiapa pun yang pernah duduk luar negara, mesti dalam senarai perkara yang dirindui mengenai tanah tumpah darah meraka tertulis makanan Malaysia. Serius, sejak sampai sini, walau mula-mula dulu, tebalkan tekad, ah, tak kisah, taka pa, boleh ja hidup, tapi lama-lama rindu juga ke durian, nasi kandar, ayam percik, dodol. (Haih, satu lagi nikmat Allah ambil, insyaAllah, khayr). Berbicara perihal bazar Ramadan, bila dah tak ada, 1) bolehlah jimat duit. Jimat duit bukan sebab nak ikut saranan kerajaan (eh, ifyunowataimin) tapi memang tak guna untuk beli makanan yang berlebih-lebih. Saya ingat lagi, Ramadan sebelum-sebelum ni, lepas asar ja, Ayah akan ajak ke bazar Ramadan, beli kuih atau air apa patut, walau ayah sedia maklum mak masak nasi dan berbagai juadah, apa lagi, waktu lapar memang nafsu membeli dia luar alam. Makanya, bila dah dekat sini, tak ada bazar Ramadan, tak rasa terpanggil atau tempted pun nak beli. Mudah saja, kalau teringin masak, boleh jimat banyak dekat situ. Dan secara langsung, boleh cuba dan latih diri memasak untuk kemaslahatan hidup kedepan-kedepan ni (Jaka, ifyunowataimin ;). Alhamdulillah, secara langsung dapat jimat dan juga dapat bersedarhana. Memang sepatutnya macam tu pun, bermudah-mudahan dan beringat-ingatan sama yang kurang bernasib baik, bukankah itulah pengajaran yakni ibrah Ramadan ni. Lapar dahaga dan ingat orang yang lebih susah, bukan nak melahap dan melayan nafsu makan. Allahuta’ala’alam.

Membeli-belah untuk ‘raya’

bukan Diagon Alley

Memang masuk Ramadan ni, tipulah kalau tak teringat langsung akan ‘raya’ dan idea indah nikmatnya nak pakai baju baru dan sepersalinan kacak segak lawa. Dan disegenap corong lohong yang boleh hasilkan bunyi nyanyi, kita akan dengar lagu raya berkumandang. Memang mambang raya tu ada ja sentiasa, walau puasa sehari-hari. Tapi, dekat sini, tak ada semua tu. Ada banyak baik dan kurang buruknya, 1) bila semua orang tak diingatkan mengenai raya, tak ada lagu raya di pasaraya, baju kurung atau baju melayu pakai yang bawa dari Malaysia sahaja, 2) tak rasa meriah sangat, memang Meriah dan Malaysia memang sinonim. Semua perkara nak meriah kalau dekat Malaysia, saya rasa kalau meriah, boleh, tapi berpada-pada. God-conscious sentiasa. Alhamdulillah, tahun ni saya rasa tahun yang saya tak membeli sangat waktu raya, pakai yang sedia ada dan yang sedia terbeli sahaja. Syukur Alhamdulillah. Dan semestinya, bila kurang fikir mengenai nak shoping raya, makanya kuranglah fikiran-fikiran yang berdiri diantara meneruskan Ramadan sekhusyuknya. Tapi, tak lupa, raya kena sambut kot mana pun. InsyaAllah.  

Terawih dengan rakan-rakan serumah sahaja

Dekat sini, saya dan rakan-rakan semua biasa solat terawih antara kami sahaja, dalam 4 orang. Alhamdulillah, bergilir-gilir jadi iman. Ketahuilah, saya rasa inilah salah satu nikmat Ramadan di peratauan yang saya akan ingat sampai bila-bila. Oleh sebab kami berterawih antara kami ja, makanya imam dan bilal pun antara kami, ada menjadi satu ketidaksedapan hati bila saban hari, saat anda jadi imam, dok baca tiga qul ulang-ulang. Oleh itu, terpanggillah untuk mula faham dan hafal surah yang panjang-panjang sedikit sambil memperbetul tawjid, kalau solat seorang lazimnya laju ja, lazimnya KLIA express, tapi bila dah jadi imam ni, kenalah KTM sedikit. (Ifyunowataimin, ps. Nampak tak kerinduan berlebihan disitu, eh) Walau kami berterawih 4 orang sahaja selalu, rasa akrab, rasa bahagia ja, Alhamdulillah.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang saya kira menjadi perkara yang indah-indah dan gundah-gundah, tapi yang pasti, Ramadan bila disambut jauh dari keluarga dan rakan-rakan, anda akan ingat betapa indahnya saat ada bersama. Hargailah nikmat-nikmat mudah yang mungkin mudah sahaja kita terlepas pandang, tersinggah di telinga dan terasa di hati, dan hanya akan termahu-mahu bila Allah kata, nope, no more for you my slave.

Doakan saya sejahtera, ingat saya dalam doa anda di malam lailatul Qadr ya.

Salam Perantau (Syairah ,Anisah ,Ezzah)

❤ Ezzah Mahmud

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s