Posted in April 2015

Proses Menulis Hati Ini Milik Mu –  Episod jatuh bangun menuju Tuhan

Proses Menulis Hati Ini Milik Mu – Episod jatuh bangun menuju Tuhan

Assalamu’alaikum! Hi! InsyaAllah, dalam blog kali ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak proses menulis karya adaptasi dan terjemahan buku Reclaim Your Heart milik Yasmin Mogahed he bahasa Melayu. Bismillah. Sugguh, mengenal karya Yasmin Mogahed, daripada proses pembacaan, kemudian proses-proses seterusnya, hinggalah terhasil buku yang boleh anda dapat sekarang, setiap satu langkah yang saya tempuh, semuanya tepu tarbiah, … Continue reading

Day 5 – National Poetry Month : Mak

Dalam senyap diam pandang mak Dalam sungguh senyum lebarnya mak Dalam sepetnya kedua mata mak Dalam tetimbul urat di tangan mak Dalam “mak-ada-kat-roqwok-laa-ni-teman-ayah-‘shoping’-Ejah-sihat-ka?” Dalam “sembahyang-jangan-tinggai-tau” Dalam “duit-pekin-pekin-sikit-naa-mak-ayah-tak-dak-duit-nak-hantaq-ke-Ejah-kalau-tak-cukup” Dalam “mak-tak-pi-rumah-atok-lagi-video-minggu-lepaih-dah-tengok-dah-lah-adik(Zafri)-tunjuk-pendek-ja-naa-seminit-lebih-ja-kan” Dalam “ubat-malam-tak-makan-lagi-tapi-siang-punya-dah-makan-dah” Dalam “sejak-Ejah-duduk-Shah-Alam-ni-lama-dah-mak-tak-pi-kedai-buku” Dalam masak lemak cili api mak Dalam teh ok kurang nipis kurang manis mak Dalam doa-doa panjang mak Dalam sujud-sujud lama mak … Continue reading

Day 4 – National Poetry Month : Bila

Bila bulan tak jatuh Bila bintang tak dipagar Bila rezeki bergolek Bila pinang tak dibelah Bila payung ditinggalkan Bila itik tak pulang Bila minyak tumpah Bila kera sembelit Bila ayam tak bertuah Bila jauhari hilang ingatan Bila-bila pun boleh sebenarnya. ‪#‎Day4‬ ‪#‎1hari1puisi‬ ‪#‎April‬ ‪#‎NationalPoetryMonth‬ ‪#‎30dayspoetrychallenge‬

Day 2 – National Poetry Month : Yang Di Bangau

Yang kaya makin kaya Yang miskin makin miskin Yang batil makin hak Yang kelabu makin hitam Yang cantik makin hakis Yang huduh makin serlah Yang tipu makin tipu Yang benar makin dipunah Yang cinta makin rindu Yang rindu makin angau Yang di bangau makin bangau Yang pandir… Makin lawak. ‪#‎Day2‬ ‪#‎1hari1puisi‬ ‪#‎April‬ ‪#‎NationalPoetryMonth‬ ‪#‎30dayspoetrychallenge‬