RAP : Nanti Besar Nak Jadi Apa?

Nanti besar nak jadi apa?
Nanti besar nak jadi siapa?
Jadi orang beruang bangau buah kana?
Kau yang tentu nak bagaimana.

Aku dari dulu tak pernahnya tahu,
Budak lima tahu baru reti baca buku
yang pasti, yang sebenar jiwa tak ragu,
tak mau jadi doktor ataupun cikgu
tak mau jadi saintis ataupun polis

Aku nak jadi orang, yang ada dalam seni
Tak banyak wang, janji kenyang jiwa nurani
Dalam tv, bawah tv, belakang tv tak kisah
Asal boleh rekod cakap tulis tempik luah
Ini dilemma masa darjah yang tak habis gundah

Masuk sekolah menengah aku jadi aku
Misi masih berubah tapi lebih terarah
ah sudah, kakak dapat masuk maktab mara
ayah mak bangga aku lebih semangat bara
dia dapat semua A, aku rela dibanding tara
Aku apa lagi, terus maju kedepan mara

Mahu unggul dan dibangga juga
masuk MRSM terus secepat segera
Waktu itu baru sedar, terkapar,
Tak serasi tak terpatri, tak mencukupi
Waktu kelas Admath paling rasa tercabar
Aku apa lagi tulis cerpen dan puisi

Aku terpaku, rasa macam katak puru,
Kawan-kawan hebat, aku haru tak biru
Tapi, banyak benda aku belajar,
hidup memang dalam atas kapal lelayar
Bua tapa suka itu yang paling benar

Tak ada apa yang lebih onar
bila tak jadi diri sebenar

Dekat MRSM minggu Bahasa paling gempak
Aku masuk semua pantun puisi dan pencak
Biar orang tahu aku bukan nak berlagak
Tapi sebab aku memang tahu nak menyalak
Orang pandang sipi, boleh agak pijak sepak
Aku berdiri, sendiri tak tergerak.

Lepas SPM aku tahu apa hati nak
terus, UPU aku tulis apa berhak
Penulisan Kreatif dekat UiTM
Fakulti filem yang jenisnya semacam
Ah, aku tak kisah, aku tak kusam
Terus jalan, Bismillah aku genggam

Sekarang dah masuk universiti
luar negeri jauh dari jiwa dan hati
utuk terus impi mimpi diri biar semi
tunggu anakanda balikkan kembali
jawapan dan harap yang dah jadi realiti.

*Sapa rasa nak kongsi beats atau kenal mana percussionist, supaya boleh patik Rap on to it, lemme know insyaAllah =D

❤️ Ezzah Mahmud

Advertisements

One thought on “RAP : Nanti Besar Nak Jadi Apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s