Seloka Pemuja Rahsia

Alahai pemuja rahsia
Wujudmu dalam setiap pencinta
Yang mahu menjuara jiwa kirana
Yang cuba memenang sukma teruma
Tapi sayang segalanya rahsia
Hanya kau seorang suka

Alahai pemuja rahsia
Mungkin kau sepupu dua
Mungkin kau sahabat karib
Mungkin kau kenalan jauh
Mungkin kau tak wujud
Mungkin juga kau wujud
Mungkin kau imaginasi
Mungkin kau hanya dalam kepala
Mungkin juga hanya dalam hati

Alahai pemuja rahsia
Waktunya tak kena sentiasa
Mahu mendekat tapi malu
Mahu menjauh tak mahu
Setiap langkah rasa batu
bila berdepan rasa degup itu

Alahai pemuja rahsia
Cukup-cukuplah mencinta
Segala rahsia cuma dusta
nanti sakit terluka toreh
mungkin dia tak suka
mungkin juga dia berpunya
apa nak jadi padamu nanti
gigit kuku dan tangis berbaldi

Alahai pemuja rahsia
aku kenal asal rasamu
tapi jujur aku beritahu
sakit kelak ditolak jatuh
pedih andai dibuang jauh
percayalah segala kataku ini
aku juga seorang pemuja rahsia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s