Posted in June 2013

Bayang

Diam kau bising Pekik kau bisu Cakap kau angin Kucup kau api Baju kau iri Benci kau warni pipi Pergi, hentilah jadi bayang ku Advertisements

Bengkel Realiti Penulisan Bersama Hilal Asyraf

Kancil warna Jingga itu bawa saya ke Hotel De Palma yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Jam menunjukkan tepat pukul 8.14 pagi. Seorang rakan baik saya ditemani rakannya sudi untuk menghantar saya ke tempat Bengkel Realiti Penulisan Novel bersama Hilal Asyraf dan beberapa penulis prolifik lain. Andai saya pergi menaiki bas awam, entah pukul … Continue reading

‘5 Broken Hearts : A Documentary’ Sebuah Perjalanan

Ada apa dengan sebuah dokumentari? Mungkin ramai individu di luar sana yang beranggapan bahawa sebuah dokumentari hanya layak berada di saluran-saluran televisyen yang menayangkan perihal binatang-binatang, mahupun teknologi-teknologi seperti di National Geographic dan Discovery Channel. Pada saya genre dokumentari adalah satu genre yang luas dan menarik untuk diterokai. Satu elemen yang saya kira amat istimewa … Continue reading

Mikroskop

Tak faham! Pandang kau dikecil seni dalam corong lohong mikroskop juga kau pilih untuk lihat. Dalam luas puas dunia ini segala indera kau lipat lumat kasi muat dalam sendat padat sempit sekaliannya lubang jarum itu. Angkuh, merasa dengan seluruh sel yang menyusun seorang tubuh pejal kau, kamu, anda, awak milik segala duka dan gundah milik … Continue reading

Semester akhir!! Bismillah

Assalammu’alaikum! Hi! Woot! Woot! Ketepi-ketepi! Alhamdulillah, tanggal 10 Jun tahun ini amatlah saya kira signifikan dalam lipatan coretan hidup saya kerana hari ini bakal bermulanya semester akhir saya sebagai pelajar Diploma Penulisan Kreatif, di Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM. Seperti tidak tercapai akal kadang tika saya imbau dan kenang kembali betapa pantas masa berlari … Continue reading