Palestin Aku Datang

Palestin,
Aku Datang.

Aku mahu
Ke Gaza
meniti jalan-jalan sunyi
sambil melambai dan membalas senyum
setiap isi hidup di kering tandusnya.

Aku mahu,
Ke Jericho
merasa badam segar
rangup memecah dalam pepak
jangung yang baharu berpucuk segan
kurma segar menguat mengakar.

Aku mahu
bertemu Ummu Nidal
memeluknya erat
menyerap sedikit kasih dan kuatnya
tega menyerah anakanda kesemua
untuk shahid di jalanNya

Aku Mahu
Ke Hebron
melawat adinda-adindaku
yang ditangkap tanpa tanya
yang digari tanpa ehsan diri
kerana seketul batu kecil
hinggap di tangki besi
sadis.

Aku mahu
Ke Al Aqsa.
Walau sekejap walau seketika
Mengubat rindu yang meluka bengkak
dan tangis pilu yang melemas nafas.
Sambil menyapa
ibundaku yang tabah
ayahandaku yang gagah
kekandaku yang bahagia
adindaku yang ceria

Menang itu janji!
Sabar itu Jannah!
Jom!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s