Posted in April 2013

Jingga

Pada jingganya mentari yang tenang Aku renung sambil kenang helang terbang Pada jingganya lampu jalan hias malam Aku cari dalam kelam malam suram Pada jingganya api mancis yang menyala Aku biar bakar sumbu asa yang masih ada Pada jingganya rimau belang tunjuk garang Aku resap semangat serang mahu menang Pada jingganya jalur pelangi yang kedua … Continue reading

Jakaku

Dalam kotak bergerak ini Menuju kota tempat ilmu dihirup Aku duduk disebelah jaka Bukan ku mahu Siapa anjur beli tiket waktu akhir? Sudah tiada pilihan Sudah tiada mintaan Berbaju kelabu dan seluar biru tua Segak tanpa kaca mata dan cacak rambut Segaris senyum dihadiahi, malu Mungkin juga rupa wajahnya begitu Senyum selama sentiasa Aku tak … Continue reading

Lui!

Bonda terlalu risau anaknya tidak makan Bonda terlalu gundah tidur anaknya diteman keroncong perut Bonda terlalu sedih biar anaknya pulang tanpa wang   Anaknya biasa saja Asal cukup perut dialas Asal cukup udara dihela Asal cukup sayang dikurnia Pasti bahagia anak sentiasa Syukur, anak bukan jenis yang berpayah-payah dan tak kisah   Anak terkadang segan … Continue reading

Kata

Tercari-cari aku Pada kata yang sesuai Untuk menyatakan Sagala rasa yang ada Tapi. Berbilion kata tidak cukup Tidak ketemu aku pada makna Yang serupa dengan rasa ini Bicaraku sama bulan Mungkin bisa ilhamkan sepatah dua Atau bintang Moga bisa letupkan sekata dua Kalah. Moga dalam mimpi kita ketemu Agar tidak perlu aku berkata Atau menulis … Continue reading

Sini

Mungkin masih terlalu muda Untuk menyata sakitnya Derai pecah remuk hati Sembilu bagai menusuk Apa sembilu? Apa menusuk? Tipu.   Jalar-jalar reranting fikir, Pernahkah jaka terluka Atau hanya kirana merana Bukan isu siapa sakit Tapi didalam terburai luka Berparut selama. Pedih.   Tidak tergambar, tertulis, ternyata Segala yang luka itu, Walau dilihat ditenung dicari Dalam … Continue reading

Pilih

Kau tuduh aku tak berpendirian? Definisi pendirian kau apa? Bukankah tak memilih juga Satu bentuk pendirian.. Salahkah untuk tidak memihak Cuma neutral dan tak bersebelah Jangan ditolak aku ke dinding Aku punyai sebab. Sekian harap maklum.

Pergi

Rungut itu melemas Aku tenggelam dalam hasut Yang kau sebut-sebut Sudahlah, aku penat Jauh pergi berambus Bersama benci melangit Dalam saatku yang emas Aku mahu lepas Dalam rangkul hangat Barahmu yang kuat Selamat salam pergi kau sana Terima kasih atas ajarmu yang kurang.

Laju Lagi

Lajukan saja kenderaan Biar membolos lelampu warni Kisahkah kau samua amaran itu Bukan kau mahu maju melaju Walau jalan sesak Sampai pecah kaca depan Terderai luka tersiat muka Lampu itu disitu bukan batu Boleh saja pilih untuk tidak setuju Sediakan diri untuk celaka Walau kau tahu aturannya apa Sengaja melawan gagah Fikir kebal dasar bebal … Continue reading

Imbas

Kacakmu memanggil rayuku Berdiri dua depa di depanku Sambil jejari membetul tali leher senyum segaris dihias putihnya gigi Oh Jaka, bukan.. Bukan kacakmu yang ku tunggu, Bukan Ringgitmu yang ku mahu Bukan keretamu yang ku perlu Bukan darjatmu yang ku serbu Mari, kemari. Dekat lagi. Belahlah dadamu Aku mahu hatimu Pinjamkan Biar bisa aku imbas … Continue reading

Reclaim Your Heart & Viva Palestina

Alhamdulillah. Jejari ini masih lagi bisa menulis dan menaip. Nafas masih lagi boleh dihela. Mata masih jelas memandang. Semua deria masih berfungi dengan baik. Agak  lama rasanya saya tidak menulis artikel atau perihal lain selain puisi kerana galak dan komited menyokong dan menjayakan  National Poetry Month iaitu pada bulan April. Masih konsisten dalam menghasilkan satu … Continue reading