Mungkin

along_the_tracks_1_bMak telefon
Mak kata duit dah masuk
Mak kata, ‘maaflah tak boleh nak bagi banyak’
Mak tanya, ‘sihat tak? belajaq okay?

Terkadang tak perlu aku tunggu mak telefon
pancarkan saja rindu di hati,
kurang lima minit
meniti dering lagu Outlandish membising
terpapar ‘Mak Hp’ sambil lip lap lip lap
di layar telefon berihitam

Mak tak sama macam ayah
kalau ayah yang telefon
‘Duit ada tak? Ada masalah tak?’
aku tahu yang, bila ayah tanya
ayah sebenarnya maksudkan
‘Rindulah! Bila nak balik!’

Aku ambil masa
bertahun lepas tahun dan tahun
untuk faham bahasa ini
mungkin aku kurang memerahati
mungkin juga kurang menghargai
dan semestinya kurang peduli

yang aku ni anak orang
aku ni adik orang
aku ni kawan orang
aku ni warga masyarakat
aku ni perempuan
aku ni manusia
aku ni ada hati
aku ni tak kebal mana
aku ni tak hebat mana
aku ni HAMBA!

Aku ambil masa
lepas jatuh tertimpa duka
terpijak duri-duri nista
sambil ditembak-tembak peluru dunia

Terus, mak ayah kakak kawan
juga yang sayang kita
tapi lupa sahaja selalu memanjang
yang kita tak cukup sayang
zahir cinta, serlah rindu dan
pasak penghargaan
kepada mereka yang berhak
lebih daripada kepada
dia yang kita rasa berhak
dia yang mencuri. Pencuri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s