Oh! Lamanya…

Assalammu’alaikum! Hi!

Salam sayang-peluk-cium maya untuk pembaca budiman.

Harap anda sihat sahaja di sana, diteman secangkir teh atau secawan kopi.

Atau semangkuk megi atau berkeping biskut. ❤

Sudah seminggu lebih tidak saya kemas kini blog ini. Maaf yang akhbar saya panjatkan, tidak berkesempatan untuk mengukir kata-kata kerana disibukkan dengan tugasan dan hal universiti. Alhamdulillah, minggu yang agak sibuk ini saya lalui dengan jayanya!

Seperti yang kalian sedia maklum, saya kini merupakan pelajar penulisan kreatif di sebuah fakulti filem. Empat perpuluhan kosong yang saya damba majoritinya terhasil daripada tugasan-tugasan penulisan. Boleh dikatakan, pemarkahan berlandaskan peperiksaan bisa dikira dengan jari sahaja, tidak banyak mana.

Alhamdulillah, sekarang saya di minggu ke-12 daripada 16 minggu total. Minggu ini dan minggu depan bakal menjadi minggu stay up sedunia kerana saya dan rakan-rakan akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan karya demi menyiapkan tugasan-tugasan kami.

Bazooka doa dan mercun semangat amatlah saya damba. Moga Allah berkahi dan limpahkan nikmat dan rezekiNya kepada kita semua. =D

Dalam kesempatan yang tidak lama mana, saya sudahpun menggunakan voucher buku RM 250 yang kesemua mahasiswa universiti terima. Sudah lama saya mengidam untuk membeli buku-buku berikut di kedai buku Kinokuniya! Alhamdulillah, tercapai hasrat..

Berikut adalah buku-buku tersebut;

Image

Buku ini sengaja saya beli untuk memperdalam ilmu filem dan mampu bantu saya untuk lebih faham mesej yang disampai melalui visual. InsyaAllah, bolehlah saya mengaplikasikan ilmu ini di dalam filem atau penulisan saya kelak.

Image

Buku ini mempunyai daya penarik yang pelik. Terpanggil saya untuk memilikinya. Moga seusai membacanya saya mampu menghasilkan filem yang lebih baik insyaAllah.

Image

Buku ini perihal penulisan skrip. Amat berguna, sudah saya baca sebagaiannya sewaktu saya pimjam buku ini daripada seorang kawan. Terus, tidak boleh lagi meminjam, lebih baik saya beli seunit maka bolehlah saya maksimumkan penggunaannya. InsyaAllah.

Image

Buku ini merupakan salah satu karya yang perlu saya pelajari dalam kelas Karya Agung selain Panji Semerang dan Wuthering Height semester ini. Moga Allah redha. Amiin.

Sekian sahaja buat kali ini. Buku apakah yang anda beli menggunakan voucher buku RM 250? Ayuh! Kongsikan di ruangan komen di bawah.

Baraakallahu feekum ❤

Advertisements

7 thoughts on “Oh! Lamanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s