Hitam (Cerpen Experimental)

Assalammu’alaikum, Hi!

Cerpen ini saya tulis sekadar untuk bereksperimentasi dengan idea yang saya peroleh dengan tiba-tiba petang tadi. Besarlah harapan saya agar anda, pembaca yang saya kasihi untuk memberi pandangan anda tentang cerpen ini. Adakah anda faham? Apa yang anda rasa saya cuba sampaikan? Plotnya bagaimana? Gaya bahasa dan sebagainya! Kepingin untuk mendengar daripada anda insyaAllah.

——————————————————————————————————————

Image

Baju hitam pekat itu aku capai dalam almari besi penjara. Bukan penjara biasa, tetapi penjara yang membekung pekung aku selepas aku cuba diri. Bersama seluar hitam dan topi besi. Mangga yang sudah hampir lima tahun aku guna itu aku masih guna. Bunyi getar kapal terbang yang terbang rendah membingitkan suasana. Oh! Mungkin hanya memang deriaku yang satu itu seperti mendapat derita yang akhbar dek suruhan dan kataan dan cakapan ini itu. Mata hitamku kecil besar. Menoleh ku kebelakang yang wujud satu tinggap berkaca retak sejuta. Jariku kembali menekan manga itu atas bawah untuk dikunci dan senafas penat kering ku hela. Baju hitam yang ternyata menjemput selesa dan sejuk beku itu kini menjadi warna pakaian kegemaranku. Langkah persis berkawat tidak kurang lima aku ambil. Menuju tinggap bebas yang sungguh tidak dapat membuat pandang mata ini jelas serlah perihal apa yang ada di luar. Mungkinkah kapal terbang? Atau kapal selam? Atau kapal laut. Bawa aku terbang ke syurga yang sudah ada tapi belum mampu aku pergi kerana aku masih di sini? Bawa aku dalam kelam cairan masin laut biru yang makin gelap setiap inci kebawah? Bawa aku layar dunia yang punyai daratan tapi banyak lebih lautan yang ombak itu seperti hembus garuda yang gila. Mungkin imaginasi yang aku ingin sekali jadi realiti. Mungkin. Parah diluka realiti. Pasti. Jejari mulus yang kedut separa ini dilari perlahan pada garis retak . Mohon untuk diluka. Mohon untuk diguris tajam. Sakit sahaja meresap umbi. Darah tidak terzahir. “Aku mungkin kebal!” jerit batin. “Tapi hanya zahir yang berlakon kuat, dalam lembut lemah bagai ubi yang dihenyak” bisik batin.

Kegemaran ku dulu putih. Betul. Yang suci bersih persih itu. Gigiku pastikan putih. Kasut dan gelang tangan pun sama. Logik akalku yakin penuh. Aku putih dalam luar. Cuba sedaya aku zahirkan untuk jadikan putih itu benar putih. Aku pekakkan telinga. Seketika. Sehingga, aku ketemu dengan hitam. Mungkin hitam tidak berapa kenal akan aku. Jijik rasa mulanya untuk berdamping. Risau aku kelak putihku akan dinoda hitam. Hitam yang aku ragu-ragu kehitamannya. Aku cuba kecilkan anak mata yang sedia kecil seusai aku lelapkan daya untuk memandang. Sudahlah di luar tingkap selebar bahu kiri dan kananku temu. Tidak ku hirau, aku mahu tengok dan tatap apa yang ada di luar balik kaca merekah itu. Aku cuma nampak hitam. Hitam yang hitam benar. Fikir aku awanan itu mustahil untuk warninya begitu. Memang lumrah ianya gelap, tapi bukan hitam yang zulmat amat. Sekali lagi nafas dihela. Mata terpandang bawah. Aku toleh kiri sedikit. Ada tukul marah. Warna merah darah dan pemegangnya kukuh disitu. Berdiri tersandar. Degup jantung sedikit melaju dan aku guna tangan kananku capai dia perlahan. Berat. Tapi aku yakinkan diri yang tukul itu tak berat mana. Mudah saja tuk aku lemparkan dan lampiaskan. Demi pecahkan tinggap bebas yang aku perlu dan mahu tuk lihat dan tatap luar.

Sekali cerkah dan sekali ayun tukul itu aku lempar sekali keluar bersama derai kaca tingkap yang sejuta retaknya itu. Ah! Aku terasa puas. Seketika cuma. Bengkak hati aku masih lagi tebal dan buatku bebal tak kebal. Aku rasa yang aku kini sebati dengan suasana luar tingkap. Yang gelap hitam awannya, hampir tidak susah untuk aku gagahi. Aku sembulkan kepala keluar tingkap. Ada sinar nun jauh hujung horizon sana. Sedikit sahaja terpancar. Sudah lama aku tidak bersapa dengan cahaya. Waktu putihnya aku dulu, aku kerap menjadi lihat pandang, aku putih dan aku serlah. Terus, mana bisa terlepas pandang. Sehingga aku mendekati hitam. Setuju? Andai putih sebelah hitam. Putih akan nampak lebih putih dan hitam akan nampak lebih hitam. Ambil masa untuk gemarku bertukar hitam. Putih yang persih, andai selalu bergelumang dengan hitam, tidak ajaib jika merubah kelabu dan seterusnya hitam. Bukan? Hitamnya aku Tuhan. Lihat aku tertumpu jauh bawah. Tidakku sedar yang aku kini berada di tingkat seratus mungkin. Mungkin. Dulunya hanya di tingkat satu, tapi setiap hari menambah satu dan satu dan satu dan satu. Dihimpit kiri kanan, ditolak depan belakang, tidak lain dan tiada lain hanya mampu ke atas dan atas. Waktu satu aku putih, kini seratus aku hitam.

Aku pun sama hitam macam hitam padahal aku putih. Tidak tercapai akal aku mulanya bagaimana aku yang putih boleh mengenal hitam. Aku pasti, punyai kuasa yang lebih kuat membuat aku mendamping hitam. Aku fikir hitam itu indah, misteri dan boleh bagi aku nikmat yang lain dan beza. Tapi, hitam hadir dengan kenyataan yang beratus. “Terjunlah, terjun! Kau memang malas nak menuruni tangga yang seratus tingkat tingginya kan? Buat apa susah, lagipun kau dah hitam. Tiada makna!” suara halus yang menyakit gegendang deria dengarku. Aku pandang kiri kanan. Tiada apa yang beza, cuma dinding hina yang makin rapat dan rapat hingga besi cerucuknya terjulur keluar. Mahu cucuk tembus aku, mahu hiris siat aku. Perasaan aku kuat mengata yang bisik itu hanya hitam sahaja yang mampu kata. Tapi aku sudah lenyapkan hitam dalam  hidupku, fantasiku, mimpi malamku dan impi depanku. Pelik mengapa hitam masih punyai kuasa posesi. Aduh!

Tak tertahan rasa. Hampir setiap lohong roma yang ada di tubuhku sakit. Mungkin kerana cuba merembes tegang yang bangang. Atau hanya hitam yang sudah kuasai aku ingin padam aku dalam aku? Langkah aku yang sedia terrantai besi kalah aku gagahkan mengangkat lemah. Tangan aku yang mengalilir darah itu sedia aku dekatkan ke sisi tingkap bebas. Apa yang aku mampu fikir sekarang cuma terjun dan keluar daripada sampah hitam legam ini. Memang mulanya indah segala isi rumah yang putih persih itu, tapi sekarang segalanya dah hitam. Mengapa masih mahu usaha bila dan hilang asa. Bayu sepi menyepak pipiku yang bersungai alir air mata, bukan air mata darah, sudah kering darah dikerah. Cairan hitam juga yang  mengalir keluar. Ternyata aku dah hitam sungguh. Tiada harapan. Sekarang dua kakiku yang terrantai dan terguris luka itu ada di sudut hujung bucu tingkap. Aku sudah sedia mahu pergi. Pergi jauh dan tinggal hitam ini semua. Tamatkan segala yang dah lama mula dan gula. Lebih baik mungkin aku pergi. Jauh dan tinggal semua.

Nafas terakhir aku hela laju. Hitam gemawan menyapa. Lihat seperti tersenyum lebar melihat aku. Hilang kosong segala kapal, terbang, selam dan laut. Tanganku yang dua aku longgarkan dan kurang tegang pegang. Tiba-tiba jerit kuat tertempik dari belakang. Aku terkejut dan terdorong kebelakang. Putih? “Putih datang cuba hentikan aku?” monolog aku sendiri dalam detik yang tidak kurang perpuluhan kosong satu. Aku jatuh kembali dalam ruang dalam. Aku masih tidak percaya, tapi baju hitamku kiri bertukar kelabu pula. Dipapahku untuk berdiri. Rantai kaki seperti lutsinar, tidak dapat kasar mata ini lihat. “Ayuh, kita turun dan pindah ke benua baru” lebut dibicara. “Jangan kau jadi mangsa mainan hitam, ternyata kau lebih berharga wahai penggemar putih!” Tanganku dipimpin dan kami berlari keluar dengan sepastas cahaya. Gegar lantai dan siling semua. Nampaknya seperti ingin roboh dan runtuh. Dia tidak kira, menarik tanganku kasar dengan berhasrat satu. Untuk hidup dan kembali putih. Hidup! Kembali! Mulakan! Jadi berani dan cari diri.

Advertisements

10 thoughts on “Hitam (Cerpen Experimental)

  1. Salam, saya skg merupakan pelajar diploma penulisan kreatif. Kisah akak dan cerpen-2 akak membuatkan saya rasa ingin jadi seperti akak 🙂

    • Salaam Hanani, terima kasih sudi baca cerpen akak, Alhamdulillah, sejak ambil keputusan untuk daftar masuk Diploma Penulisan Kreatif dekat UiTM tu, akak tak pernah pandang belajar, memang Alhamdulillah, keputusan paling bernas pernah akak buat. Jadi diri sendiri dik, Allah akan buka jalan untuk awak unggul. Terima kasih atas komennya, akak hargai sepenuhnya ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s