Posted in February 2013

Tak faham

Bukankah syurga itu benar? Kenapa masih ada yang ragu? Kau? Mungkin neraka yang kau idam? Kan? Mungkin tebal dinding egomu. Tak malu dengan dosa mungkin juga siling bangga yang kau baja dengan segala jaya nyah kau hitam! Sungguh, kurang faham aku jadi! Apa yang aku nak, aku nak untuk kau juga. kalau baik untuk aku, … Continue reading

Oh! Lamanya…

Assalammu’alaikum! Hi! Salam sayang-peluk-cium maya untuk pembaca budiman. Harap anda sihat sahaja di sana, diteman secangkir teh atau secawan kopi. Atau semangkuk megi atau berkeping biskut. ❤ Sudah seminggu lebih tidak saya kemas kini blog ini. Maaf yang akhbar saya panjatkan, tidak berkesempatan untuk mengukir kata-kata kerana disibukkan dengan tugasan dan hal universiti. Alhamdulillah, minggu … Continue reading

Jatuh?

Jatuh? Sakit? Siapa tolak? Diri sendiri? Mustahil mungkin aku yang mimpi jatuhkan diri? Apa baiknya? Kalau bimbang belulang patah jangan dipanjat pokok jati Kalau takut berlubang darah jangan bermain api senjata kalau gusar termuntah nanah jangan dimakan racun dunia Tidak kuseru diangkat bendera putih itu tapi sengaja aku mengata agar kelak tak celaka binasa ranah … Continue reading

Satu Hari Cuma

Pagi baharu berlalu tidaklah seperti hari-hari lain kerana kita cuma ada satu yang dipinjamkan sebelum malam mendamping Pagi mencuba ini itu dan berkata ini itu sambil bersuka ini itu tak lupa mencinta ini itu serta berharap ini itu Tengah hari datang dengan laju tanpa kita mahu walau tahu tahu yang malam akan tiba juga sengaja … Continue reading

Dia tak luka

Diam kamu semua diam dibayang ego yang melangit dihadang abar yang benteng kamu nafi hak bersuara diberi ruang dan peluang untuk menyata dan berkata untuk mengubah dan menggugah Penakut mengata dia belakang-belakang tetak dia belakang parang sepak dia di tulang belakang kata dia cuba ambil peluang oh bukan, betulkan istilah kau kata dia ambil kesempatan? … Continue reading

I’m Fear, Harry Fear!

Assalammu’alaikum, Hi! This is a short video that I’ve uploaded to Youtube a few days ago. Alhamdulillah, I have the chance to attend Harry Fear’s talk organize by One Heart Creative Solution in collaboration with Viva Palestina Malaysia at KGPA near Petaling Jaya. Frankly, this event had carved a huge impact on me. Pondering upon … Continue reading

Hitam (Cerpen Experimental)

Assalammu’alaikum, Hi! Cerpen ini saya tulis sekadar untuk bereksperimentasi dengan idea yang saya peroleh dengan tiba-tiba petang tadi. Besarlah harapan saya agar anda, pembaca yang saya kasihi untuk memberi pandangan anda tentang cerpen ini. Adakah anda faham? Apa yang anda rasa saya cuba sampaikan? Plotnya bagaimana? Gaya bahasa dan sebagainya! Kepingin untuk mendengar daripada anda … Continue reading

Terima Kasih

Terasa seperti ingin menulis dan melakar emosi yang termuntah-muntah tak terbendung. Hadir beberapa individu membawa beza yang akhbar dalam diri saya. Alhamdulillah, dalam ruang dan peluang yang beberapa, saya dapat bekerjasama dan belajar erti dan makna dalam setiap afal tatkala terlibat dalam projek dokumentari dan juga beberapa video pendek bersama dengan orang-orang yang Allah hantar … Continue reading