Misi Cerpen (Bahagian 3)

Khalid tersandar malas di atas katil bujang pinjaman pihak maktab. Biliknya yang dikongsi bersama adik-adik junior tingkatan 4 itu dicat warna hijau biru muda. Warna yang tidak sangat dia gemari. Pudar dan bosan. Dia yang berjiwa kreatif dan beza itu tidak suka akan peraturan dan segala yang perlu diingat. Hatinya gemar bercereka.

Matanya dipejam seketika. Penat! Buku Biologi yang sudah dia tatap sejak 3 jam tadi sudah tidak mampu berkata-kata mahupun berkomunikasi dengannya. Tangan kananya menggosok mata. Terasa berair. Tangan kirinya mencapai telefon bimbit dari bawah bantal. Jejarinya pantas menekan butang-butang kekunci di atas telefon itu, memeriksa andai ada mesej yang mengetuk pintu peti masuk.

Khalid yang sudah berada di MRSM Balik Pulau hampir setahun setengah masih tidak lagi berasa gembira. Adakah sebab jauh dengan keluarga? Bukan. Memang Khalid menyukainya begitu. Jauh daripada mama dan papa yang suka mengarah ini dan itu. Lemas! Panas! Bukan suhu fizikal tapi panas hati.

“Assalammu’alaikum! Lid, jom!” Hanya kepala Azri kelihatan di sebalik daun pintu.

“Ayie! Jom! Naik kejang dah segala otot duduk keras macam ni” sahut Khalid bersemangat.

Buku yang berada di atas riba Khalid ditangkup dan di lempar lembut di sebelah bantal peluknya. Khalid berdiri, mengeliat ke kanan dan kiri kemudian melangkah mendapatkan Azri.

“Kau dah asar ke belum? “ Azri menepuk belakang Khalid. Dia tahu jawapannya tetapi sengaja bertanya.

“Kau pernah tengok aku solat ke bro? Malas lah. Tak ada maknanya semua tu” angkuh Khalid berkata. Berani.

“Hehe, aku tanya, sekadar mengingat. Aku pun bukanlah baik sangat, tapi syurga neraka tu benar” suara Azri sedikit bernada mengeluh. Dia tahu, semenjak mereka berkawan baik sejak bersama-sama masuk MRSM  setahun setegah yang lalu, tidak sekalipun dahi Khalid yang persih itu menyentuh tikar sejadah. Sadis.

Mereka berjalan seiring di koridor blok 2. Menuju padang yang tidak jauh itu.

-Bersambung-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s