Lanun

DCF 1.0

Hoi lanun di laut cinta
cuba untuk menculik zahirku
peris gelora laut haru biru
hatiku yang ribut ribu beliung
pasir hitam bercampur debu dusta

pelik!
lurus pula ketam ini berjalan
mungkin sudah mahu akhir waktu
ikan pula berpusu-pusu maju
kedarat ayuh kedarat
sekawan cuba renang
lawan arus yang gedang

bayu yang sepatutnya sepoi
tidak begitu ayu menampar, kasar
daratan itu tidaklah jauh mana
terlihat sampan buruk manusiwi
terdampar gagah tapi kalah
ufuk barat jadi karat
indah tapi kian pudar serinya
dilihat kepala mata yang sakit
sakit jiwa dan atma
sakit kecewa dah lama

Pondok kayu yang layu
suram gelap nan kelabu
jala zaman koyak rabak
cuma nalayan cuba cantumi
dalam hujung petang yang pagi
udang menuntut kaki
sotong menuntut janggut
ikan menuntut sirip
sakit terkena masin luka
yang ditoreh durjana pemilik daya

biru laut hanya pada nama sudah
kicau burung aku rindu
adagio sunyi aku perlu
terus, lanun pencuri zahirku
kembalikan! aku mahu…
mahu hati aku kembali

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s