Selamatkan kucing!

Alhamdulillah, Syukur ya Rabb.

Hari ke-dua blog ini bergelar ezzahmahmud.com.

Sembang-sembang kosong aku dengan rakan serumahku, Jiha.

Kita sepatutnya ada email yang nama sendiri, baru orang akan ambil kita serius insyaAllah.

Lepas beberapa jam, terhasilah mail@ezzahmahmud.com. 

Percaturan Allah itu indah kan, usaha dan Allah pasti akan bukakan jalan.

Kembali kepada idea asal, memahami tajuk yang tertulis di atas, sungguh, penulis perlu baca. Jadi aku mulai baca!

Hari ini hari yang sangat padat dengan aktiviti. SubhanAllah, sangat produktif terasa diri ini. Seperti yang telah aku janji pada diri sendiri dan aku cabar kekuatan diri ini untuk lebih banyak menulis, membaca dan manfaatkan setiap masa yang ada.

Baca buku dengan hati dan jiwa

Image

Alhamdulillah, tempoh hari seorang rakan produksiku yang bernama Zali Mazli telah meminjamkan buku beliau yang berjudul Save The Cat karya Blake Snyder.Beliau yang juga dahulunya seorang pelajar filem menyarankan aku membaca buku ini dan menceritakan perihal apa yang ada di dalamnya seusai aku selesai baca. Aku sahut seruan ini dengan yakin kerana semangat aku untuk membaca buku berkobar-kobar. Moga Allah kekalkan rasa ini ya Allah, rasa dahagakan ilmu, rasa ingin tahu dan tahu dan tahu!

Aku sudahpun selesai membaca hampir dua bab. Buku ini secara asasnya berkenaan dengan perihal penulisan skrip. Apa yang yang wajib ada dalam sebuah skrip? Apa yang seharusnya para penulis beri perhatian yang lebih ketika menulis? Mengapa ada skrip yang mampu pergi jauh dan ada yang berakhir di dalam tong sampah produser sahaja? Banyak lagi persoalan-persoalan “panas” dan tip menulis yang dikongsikan. Ternyata, buku ini buat aku lebih gian untuk menulis dan membaca!

Sungguh, buku ini aku dapati sangat menarik dan bermanfaat. Terutama bagiku yang masih lagi baru bertatih untuk menulis skrip dan segala yang sewaktu dengannya. Bab satu buku ini menceritakan perihal apa itu logline. Secara asal, logline ialah rumusan cerita dalam satu ayat yang mampu menceritakan secara umum mengenai sesebuah filem. Blake Snyder, penulis buku ini menyatakan bahawa hal ini amat penting terutama bagi seorang penulis skrip sebelum pergi lebih jauh dalam menyiapkan skrip mereka. Logline perlu difikir secara telus, serius dan dalam agar idea mampu difahami walau dengan satu ayat. Selain itu, konotasi ayat ini juga perlulah punyai unsur ironi untuk membuatkan idea itu lebih menarik! Logline juga perlu membolehkan compelling mental picture terhasil di dalam kotak fikir sesiapa yang membacanya. Last but not least, perlulah mencari dan mencipta tajuk yang killllerr!!

Bab kedua buku ini menceritakan perlihal genre-genre filem yang ada diluar sana. Aku tersentak dan terhetak dengan apa yang dinyatakan kerana benar apa yang dinyatakan. Memetik kata-kata beliau;

Give me the same thing… only different.”

Moga aku mampu manfaatkan ilmu yang aku peroleh hari ini. Amiin.

 

Baraakallahu feekum! ❤

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s