Ada apa dengan anda?

Apa yang kau dah buat dekat dunia ni semenjak kau lahir?

Apa yang kau dah lakukan untuk manfaat dan maslahat dunia dan ummah?

Apa yang kau dah usahakan untuk jadikan dunia ini tempat yang terbaik?

Persoalan-persoalan ini kerap kali saya tanya pada diri saya belakangan ini. Memang tampak seperti tiada apa-apa kesan akhbar yang akan berlaku kepada fizikal saya tetapi mental saya teruji sakan.

Udara yang dihela terasa seperti tidak layak untuk setiap sel di dalam tubuh saya mendapat khasiatnya. Mata yang melihat berita-berita dan akal yang menganalisa setiap ceritera dan segala yang sewaktu denganya seperti tidak mahu untuk terus kerana rasa bersalah dan berdosa menggunung tinggi.

Jujur, saya mengaku yang saya terasa seperti tidak berguna kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lihat sahaja apa yang berlaku di Syria, Palestine dan negara-negara Islam lain yang penduduknya masyaAllah, kuat-kuat dan berani-berani menegakkan apa yang hak bagi mereka. Berlawan dan berperang dengan tubuh kecil mereka sahaja tanpa ada kereta kebal mahupun peluru besi.

Saya, rasa kecil dan hina kerana tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Terkadang, untuk menasihati dan menegur sahabat yang melakukan kesalahan pun sudah tidak tega, inikan pergi berperang di sana.

Quote of the week bagi saya;

“Apa yang kamu dah buat dengan segala Ilmu yang kamu dah dapat daripada kelas-kelas agama dan juga perkongsian-perkongsian semua? Kamu tahu kan yang semua ilmu yang Allah beri itu akan menjadi saksi nanti di akhirat kelak. YOU will be held accountable upon every little knowledge that you have.”

Terkedu saya. Diam tak terkata apabila persoalan ini dilemparkan straight to my face!

Allahuta’ala’alam.. Moga Allah beri kemudahan untuk hidup dengan memberi manfaat yang akhbar kepada orang lain. Amiin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s