MAMA! AKU MAHU KAHWIN! : PELAN BAJET KAHWIN PELAJAR FiTA PALING MURAH (JAMIN KREATIF, KRITIS, KRITIKAL DAN SEGALA YANG SERUPA DENGANNYA) Bajet bukan isu!

Assalammu’alaikum sahabat-sahabat sekalian.

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri memandangkan kita baharu sahaja bertemu dengan 10 Syawal. Entri kali ini sangat personal. Ini adalah kertas kerja mini yang saya bentangkan untuk menyiapkan tugasan subjek semester 3, Pemikiran Kritis dan Kreatif. Alhamdulillah, markah penuh saya berjaya peroleh. Andai ada penambahan atau perbincangan, silalah! Sama-sama kita kejar redha-Nya. Amiin.

Kursus Perkahwinan : UiTM Puncak Alam (RM 40 – RM 50 – biasa RM 80-RM100.. Jimat!) Persoalan boleh tanya Ustaz Shahrul : 013 2316881

Wang Hantaran : Tak perlu rasanya.. Membebankan dan menyusahkan pihak lelaki. Cukuplah untuk menjayakan majlis dan yang lebih penting fasa selepas perkahwinan itu! Yang perlu Mas Kahwin!

Upah Jurunikah : Sediakan dalam RM 100 pun sudah cukup. Percuma kalau ayah sendiri nikahkan! Indah!

Kad Jemputan : Tak perlu susah-susah tempah. Tulis tangan atau print ikut kreativiti sendiri. Lebih ikhlas dan individualistik! Kalau jemputannya ramai, sudah boleh mula menulis kad kahwin anda sekarang!

Setem : RM 30 (300 Kad yang perlu di pos, yang lain jemput sendiri sudah. Lebih semangat dan barakah = eratkan hubungan silaturrahim)

Cincin Tunang : Tak perlu pun tak apa, cukuplah sekadar cincin kahwin. Buat apa banyak-banyak. Bersederhanalah!

Cincin Kahwin : Yang simple dan murah. (Janji indah dan sentimental!)

Perjalanan Pergi Balik Rombongan : Perlu sediakan duit sedikit. Insya Allah. Kalau student?? Tak perlu.. persis bercuti di tempat baharu sambil makan nasi minyak!

Tempat Penginapan Rombongan : Budget Hotel atau rumah sahabat-sahabat. Ziarah baru meriah!

Hantaran : Tak perlu. Takut nanti akan timbul riak dan tak di berkahi kerana ada cubaan tunjuk-menunjuk di situ.. Biarlah untuk kite-kite ajee! Paling tidak yang boleh dimanfaatkan dan berpahala seperti :Al Quran (Mampu dibaca), Kek (Sedap), Haruman Kasturi(Sunnah Memakainya).

Pelamin : Tak perlu! Ada unsur agama Hindu di sini. Biar sederhana dan tidak menunjuk. Cukuplah sekadar meraikan tetamu. Memang raja sehari. Tapi biar redha Ilahi kita kejar. Bukan cakapan manusiawi!

Bilik pengantin: Tak perlu. Bilik yang sedia ada, kemas cantik-cantik. Janji selesa!

Door Gifts : Buku Yasin @ Al Mathurat @ Solat-solat sunat @ doa-doa harian. Candy untuk kanak-kanak dan paling tidak satu jambak bunga telur(30 Pax – Buat syarat Pok Long dan Mak Ngah yang “PRIHATIN”)

Juru Video/Juru Gambar : Nama pun PELAJAR FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI, Junior-junior ramai! Kawan-kawan pun boleh bantu insya Allah. Bayaran yang setimpal akan diberi atas usaha dan kerjasama anda.

Balai Makan : Buat dekat masjid! Tak perlu nak deco apa-apa dah.. Sedia indah! Lebih barakah kerana rumah Allah. Pilih sahaja mana mahu.. Dekat Malaysia ini, masjidnya indah kalah istana! =D

Kerusi Meja : Sewa + Pinjam pihak masjid. Harga boleh runding. Lagi indah kalau pihak lelaki/perempuan memang dah beramah mesra dengan pihak tok imam. Boleh runding harga terbaik dan paling berpatutan! Tak pun dekat kampus sahaja. Runding dengan Tuan Haji Bahaman.. =P

Katering : Ni yang paling mendatangkan kos! Survey harga yang paling murah (RM7 /pax). Kalau di kampung, lebih mudah. Gotong royong untuk masak. Geng-geng kita kan ramai!

Makanan Beradab : Tak perlu! Makan sahaja sama-sama dengan jemputan semua. Barakah dan nikmat. (Tiada perbezaan dalam Islam! Kita semua sama) Paling tidak hiasan mejanya bebeza. Juadahnya sama!

Hiburan : Kompang(Import The Muntah – House Band), Berzanji (InsyaAllah, pihak Masjid pasti ada contact), Silat (Jemput kawan-kawan kita yang silat untuk hadir – Sediakan sedikit cenderamata apresiasi)

Deejay/PA : Import sahaja rakan-rakan yang dah biasa jadi MC, yang boleh berkata di khalayak! (Bukan ke FiTA banyak bakal retis! Pilih sahaja seorang) tidakpun saudara/ sepupu yang boleh mengendalikan majlis.

Anak-anak yatim dan fakir miskin: Jemputlah mereka hadir. Lebih meriah dan dapat jadi amal untuk kita insyaAllah! Banyak hikmah disebalik kehadiran mereka!

Baju Kahwin :  Apabila sudah bercadang untuk berkahwin tahun hadapan atau bila-bila pun, beli sahaja baju raya tahun itu sedondon dengan bakal isteri atau suami warnanya. InsyaAllah, jimat, barakah dan boleh dipakai berkali-kali. =D

*** Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

***Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

***Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

***Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

*** Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Moga Bermanfaat; Baraakallahu feekum!

Infomasi tambahan ;

Negeri Mas Kahwin
Perak RM 101.00
Perlis Tidak Ditetapkan
Kedah Tidak Ditetapkan
Pulau Pinang RM 24.00
Selangor RM 80.00
Terengganu Tidak Ditetapkan
Pahang RM 22.50
Pahang RM 22.50
Kelantan Tidak Ditetapkan
Johor RM 22.50
Melaka RM 40.00
Negeri Sembilan RM 24.00
Sarawak RM 120.00
W.P Kuala Lumpur RM 80.00
W.P. Labuan RM 80.00
Sabah RM 80.00
Advertisements

4 thoughts on “MAMA! AKU MAHU KAHWIN! : PELAN BAJET KAHWIN PELAJAR FiTA PALING MURAH (JAMIN KREATIF, KRITIS, KRITIKAL DAN SEGALA YANG SERUPA DENGANNYA) Bajet bukan isu!

  1. maaf jika saya salah..
    namun seingat saya mas kahwin bagi
    negeri Selangor sudah naik ..
    “Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin di Selangor dinaikkan kepada Rm300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968 , kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s