Posted in July 2012

Aku Mahu SUAMI

Assalammu’alaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Memang sengaja saya letakkan tajuk sedemikian kerana insya Allah, post ini akan berkaitan dengan hal berikut. Apa yang pasti ialah perihal berikut termuntah terus daripada lubuk hati dan jiwa saya. Memang apa yang saya mahu dan mahu. Andai ada yang tersingung, ampun maaf salah silap. Sungguh, kita semua manusia … Continue reading

Biar Aku

Senyap sunyi sepi Diam Khali Jeda! Bicara mati terbunuh Bisu dek belati ego Kelu dek tambak benci Henti dek pedang sangka tidak tertutur perkataan hati yang perlu dinyata pasti Kenapa susah giga untuk menyata ungkapan rasa tapi seribu kali tapi! kau harap penuh agar dia nyatakan gusar di jiwa tidak semudah itu tidak sesenang itu … Continue reading

Rugi Ringgit

Sungguh, akan ditanya di Hari Muka kelak, dakah rezeki yang dilimpahkan kepada anda dimanfaatkan sebaiknya. Setiap sen dan Ringgit. Setiap nafas yang dihela. Setiap perkataan yang terzahir. Untuk anda yang tiap hari membakar duit. Mungkin tidak dapat saya bayang keindahan menghela kepulan itu. Tapi pasti ianya indah bagi anda. Ingin dikata, ingin dinyata. Tidak dinafi … Continue reading

Redup

Mata jadi sepet segaris Gigi tersusun cantik persih Indah melihat menatap redup redup sungguh wajah-wajah itu! Sayang ku persis gunungan tinggi, Moga Allah limpahkan rezki! Amiin ♥ Mak, Ayah n Kakak

Rindu!

Rindu… senyum simpul segaris satu sama menyiap latihan guru sama menyuap nasi dengan sudu sama berkongsi ini dan itu sama mengagumi akhlak perilaku sama riadah di padang rekriasi sama berjalan berpimpin sisi sama berkongsi aspirasi sama membilang hari jadi sama mendorong menasihati Indah.. sungguh indah memori bercanda dan bermesra bersenda dan tertawa! Tak akan lupa … Continue reading

Telusuri

Cepat berlalu sepintas pergi Persis kelipan mata dua tidak tersangka tidak tersangka tidak tersangka separuh kedua tahun sudah! tahun sudah yang ke berapa berapa belas aku di dunia telusuri kembali rentetan peristiwa yang jiwa ini pegang ingat ditolak, dihiris, ditempik, ditendang, dipandang, didebik! sungguh.. indah belaka juga ada dipimpin, dibelai, didengar katanya, ditolong, dibantu, dinasihatinya… … Continue reading

Kelabu

Hidup ini bukan hanya hitam putih pasti ada yang kelabu asap Hidup ini bukan hanya hujan panas sepanjang tahun pasti ada ribut petir sekali dua Hidup ini bukan hanya makan dan tidur pasti ada tanggungjawab yang perlu dijawab Hidup ini bukan hanya bunga dan kumbang pasti ada saudara mereka yang tidak senang Hidup ini bukan … Continue reading

Noktah

Noktah itu pasti. Cuma belum tahu bila. Ramai yang lupa bilang mereka noktah itu lambat lagi sedetik tik tik tik berlalu sepi sendiri mana mungkin noktah itu di tangkap henti diri benang masa yang menjahit kain hidup yang robek untuk jadikan pakaian di tempat baru hanya dua pilihannya bukan berjuta ini itu pilih mana yang … Continue reading

Cinta Buku-Buku

Mejaku saat di MRSM Balik Pulau, 2009-2010 “Ada apa dengan buku?” “Kenapa buku kau banyak sangat?” “Asal tak simpan dalam kotak sahaja, dah semak aku tengok meja kau” Biasa. Semua yang dinyatakan di atas biasa didengar telinga kiri kananku ini. Izinkan wahai pembaca budiman. Diri ini ingin bercerita. Sejak kecil lagi, bermula tahun 1998 seingat … Continue reading